Saturday, July 28, 2012

Perbualan Menusuk Kalbu


Hari itu, seorang gadis bertanya pada gurunya

“Wahai guruku...bahagia itu apa menurutmu?”

“Adakah seronok itu tandanya bahagia, sedang duka itu tandanya sengsara?” Gadis itu bertanya lagi.

Gurunya lantas menjawab.

“Ya Binti....tanyalah pada hatimu...”

Gadis itu lebih penasaran.

“ Bahagia itu ada pada hati yang lapang wahai anakku” Guru itu meneruskan bicara.

“Hati yang lapang itu pula umpama air lautan yang luas, sedang hati yang sempit umpama air di dalam segelas balang”

“Cuba direnungkan nak...”

“Andai setitis najis dimasukkan ke dalam segelas balang yang menakung air itu, apa akan terjadi?” Giliran guru itu bertanya.

“Oh, pastinya air di dalam balang itu juga akan bertukar menjadi najis” Jawab gadis itu.

“Nah anakku...benar katamu, sedang setitis najis tadi tidak akan sedikit pun mempengaruhi air samudera lautan yang luas”

“ Anakanda…begitulah bahagia yang kau cari. Bahagia itu ada pada hati yang luas. Sedikit masalah tidak akan membuat hatimu jadi gundah ..Sedang hati yang sempit tempat menyimpan penyakit. Secebis masalah yang menimpanya sudah cukup membuatkan fikirannya terbeban. Jiwa dan akalnya bisa jadi tak keruan.”

“Lapangkan hatimu ya binti...nescaya disana akan kau temui bahagia”

Gadis itu mengangguk–angguk. Matanya bercahaya.

“ Apabila hati menjadi lapang, suka dan duka tetap akan membahagiakanmu kerna kedua-dua itu datangnya dari Tuhan-Mu”

Guru itu akhirnya merangkul bahu anak muridnya dan berkata.

“ Anakku.. Masukkan yang besar-besar di dalam hatimu supaya ia bisa luas dan lapang”

“ Apakah yang besar itu wahai guruku yang mulia?”

Guru itu tersenyum sambil menjawab:

“MASUKKAN ALLAH KE DALAM HATIMU.”

Betapa bahagianya apabila Allah itu sentiasa berada dalam hati kita..

"Ya Allah sesungguhnya kami hambaMu yang lemah.. Ya Allah mohon rahmatNu, Mohon petunjukMu.. Mohon kepadaMu Ya Allah.. Jgn lah Engkau uji diri hambaMu yang yang lemah ini dengan ujian yang tidak mampu untuk HambaMu hadapi"

Ameen Ya Rabb



Jom menanam

Alhamdulillah walaupun tempat yang ada terhad tetapi kerana minat yang mendalam teringin juga untuk menanam..

Selain pokok bunga dapat juga pokok daun kari, kunyit, limau, limau purut.. Mudah sikit kalau nak masak bolehlah petik daripada 'balcony'

Friday, July 27, 2012

Macam-macam

Pagi ni terlihat gambar kawan upload kat FB..

Beginilah cara terbaik bagi sesiapa yang suka sangat makan sambal belacan..

Ini cara yang lebih traditional dan sedap berbeza kalau kita masuk semua dalam 'blender'..
Selamat Berpuasa...

Akhirnya

5 tahun yang lalu anak ini menyuarakan keinginan untuk memeluk Islam.. tetapi keadaan masa itu tidak mengizinkan.

Seorang anak yang sangat lemah lembut perwatakannya, bicaranya sangat teratur, mudah tersenyum dan sangat manis ..

Keinginannya sangat kuat pada masa itu walaupun ketika itu dia masih berusia 13 tahun... Selalu bertanya soalan untuk mendalami pemahamannya tentang Islam.

Sebulan yang lalu, saya menerima berita lagi menyatakan bahawa dia akan menunaikan hajatnya yang telah begitu lama terpendam. Alhamdulillah

Dan

Pagi ini bila saya buka inbox FB airmata saya jatuh bercucuran. Alhamdulillah akhirnya keinginannya telah dikabulkan Allah. Semoga rahmat Allah sentiasa bersamamu ...

Sesungguhnya petunjuk Allah kepada sesiapa yang DIA kehendaki..

Peluk cium daripada saya buat anakanda I....

Do keep in touch

Tuesday, July 24, 2012

Ikhlas

IKHLAS.. Semua orang boleh melafazkan perkataan itu dengan mudah. Hanya mengandungi 6 huruf- tapi maksud tersirat dalam 6 huruf ini memerlukan pentarbiyahan hati dan ikatan yang sangat intim dengan penciptaNya.

Apa yang perlu kita lakukan untuk memastikan bahawa perlakuan kita itu ikhlas-

* mengharapkan redha Allah swt
* mengharapkan untuk lebih dekat dengan Allah
*Mengharapkan pembersihan jiwa dan harta
*Menjauhkan diri daripada sifat riya'

Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad- "Niat yang ikhlas berada dalam hati yang bersih dan soleh. Orang yang suka membersihkan hatinya akan bersih pula amalnya. Orang yang kotor hatinya akan mencemari Ibadahnya"

Bukan mudah utk melatih diri untuk melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan.. Sekiranya kita telah melakukan sesuatu kebaikan tanpa mengharap balasan sedikitpun.. Kita telah menuju ke arah keikhlasan-

Telah berkata Sufyan Al Thauri:"Aku tidak pernah mengubati diriku melebihi mengubat hatiku" dipetik drp Al khatib Al Baghdaddi, Al-Jami' Lil Akhlaqul Rawi )

Tarbiyah hati ini bukan mudah.. Untuk mendapat kesembuhan daripada penyakit hati ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan..

Wallahua'lam

Kelemahan itu datang daripada diri saya sendiri. Mohon ampun daripadaMu ya Allah

Barakallahufikum




Salam Ramadhan

Assalamualaikum wr wb

Ramadhan menjelang lagi.. Syukur kehadirat Allah swt kita masih berpeluang melaksanakan ibadah puasa di tahun ini.

Semoga peluang yang dianugerahkan Allah ini akan kita rebut dengan sebaiknya.

Puasa adalah satu-satunya ibadat yang berbeza dengan ibadah yang lain... Saya ada terbaca tulisan seorang hamba Allah bernama Rashid dan izinkan saya share dan memperpanjangkan di sini semoga dapat dimanfaatkan bersama:

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sudah datang bulan Ramadan, penghulu segala bulan, maka hendaklah kita mengucapkan selamat datang kepadanya. Sudah datang bulan puasa yang membawa segala keberkatan. Maka, hendaklah memuliakan tetamu yang datang itu." - (Riwayat At-Tabrani).

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: "Sekiranya manusia mengetahui kebajikan yang terkandung pada bulan Ramadan, nescaya mereka mengharapkan Ramadan berlaku sepanjang tahun." - (Riwayat Ibn Abi Dunya). Ramadan juga adalah bulan terpilih kerana pada bulan inilah Allah jadikan satu malam yang sangat tinggi nilainya disebut 'Lailatul Qadar' (malam kemuliaan).

Allah berfirman bermaksud: "Sesungguhnya Kami sudah turunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu. Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada 1,000 bulan." - (Al Qadar: 1-3).

Di sebalik kewajipan berpuasa Ramadan, keistimewaan ibadat ini tidak boleh diragui lagi. Jika semua amalan ibadat anak Adam ini adalah untuk dirinya sendiri, tetapi ibadat puasa Ramadan adalah untuk Allah. Ia berbeza dengan ibadat lain kerana mereka yang taat dan ikhlas mengerjakannya, maka Allah sendiri yang membalasnya.

Kelebihan dan keistimewaan puasa Ramadan ini dapat kita fahami daripada sabda Rasulullah bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan pahala Allah, nescaya Allah mengampuni dosa-dosanya yang lalu." - (Riwayat Abu Hurairah).

Sesiapa yang berpuasa dengan taat dan penuh ikhlas, akan dimasukkan ke syurga melalui pintu khas. Ini dapat digambarkan melalui hadis Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya dalam syurga itu ada sebuah pintu yang bernama Royyan. Pada hari kiamat diserukan dari pintu itu. Di mana orang yang berpuasa. Apabila mereka semua masuk, pintu itu pun ditutup kembali." - (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Selain itu, mereka yang ikhlas berpuasa juga dijamin oleh Allah bahawa akan dijauhkan daripada azab seksa api neraka. Rasulullah sendiri memberi jaminan sebagai mana sebuah hadis bermaksud: "Tiadalah berpuasa seseorang hamba pada satu hari kerana Allah, melainkan Allah menjauhkan neraka daripada mukanya selama 70 tahun dengan kerana puasa hari itu." -(Riwayat al-Jamaah daripada Abu Said).

Kita juga digalak bersedekah atau banyak melakukan amalan sunat selain yang wajib. Ini kerana Allah melipatgandakan pahala kepada mereka yang beramal. Nilai pahala ibadat sunat pada bulan ini sama dengan nilai pahala ibadat wajib pada bulan lain.

Manakala nilai pahala ibadat wajib bulan ini, sama dengan nilai 70 kali mengerjakan ibadat wajib bulan lain. Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesiapa yang bertatawuk (mengerjakan sunat) dalam bulan Ramadan dengan sesuatu perkara kebajikan, adalah seperti orang yang menunaikan sesuatu fardu (amalan wajib) pada bulan lain. Dan sesiapa yang menunaikan sesuatu fardu adalah seperti orang yang menunaikan 70 fardu pada bulan lain." - (Riwayat Ibn Khuzaimah daripada Salman al-Farii).

Amalan sunat yang rutin dilakukan sebaik tiba Ramadan ialah solat Tarawih. Setiap malam diberi ganjaran pahala yang berbeza kepada sesiapa yang melakukan solat itu dengan ikhlas. Mereka yang berpuasa pada siang hari dan bersolat Tarawih pada malamnya, dosanya terhapus seperti dia baru dilahirkan.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Bahawasanya Allah mewajibkan berpuasa Ramadan dan aku sudah memberi sunat pada malamnya (solat Tarawih). Sesiapa yang mengharapkan balasan Allah dengan kedua amalan itu, nescaya keluarlah (selamatlah) dia daripada dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya." - (Riwayat Imam Ahmad).

Umat Muhammad juga beruntung kerana ada lima keistimewaan khas dianugerahkan Allah yang tidak diberi kepada umat nabi lain yang berpuasa. Ini berdasarkan sebuah hadis yang bermaksud: "Sudah diberikan kepada umatku bulan Ramadan lima perkara, yang belum pernah diberi kepada nabi sebelumku. Perkara itu ialah:

Pada awal Ramadan, Allah memperhatikan umatku. Sesiapa yang diperhatikan-Nya, dia tidak diazab lagi untuk selama-lamanya. l Bau mulut mereka (yang berpuasa) pada petang hari lebih wangi daripada bau kasturi di sisi Allah. l Malaikat memohon ampun kepada Allah untuk mereka setiap hari dan malam. l Allah memerintahkan syurga-Nya dan berkata kepadanya: "Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hamba-Ku. Mereka akan beristirahat daripada kepayahan dunia menuju negeri-Ku dan kemuliaan-Ku." l Pada akhir malam Ramadan, Allah mengampuni semua dosa mereka. Seorang sahabat lalu bertanya: "Apakah itu malam Qadar." Baginda menjawab: "Tidakkah engkau melihat pekerja yang sedang bekerja. Apabila mereka selesai daripada pekerjaan, nescaya dibayar upah kepada mereka dengan sempurna." - (Riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi).

Sementara itu, semua amalan baik sama ada fardu atau sunat yang dikerjakan akan mendapat ganjaran yang sangat besar. Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa menghadiri majlis ilmu agama pada bulan Ramadan, maka Allah mencatatkan setiap langkahnya sebagai ibadat satu tahun dan dia akan bersama-Ku di bawah panji-panji Arasy. Dan sesiapa yang bersolat jemaah pada bulan Ramadan, maka setiap rakaat akan diberi satu bandar yang penuh dengan nikmat Allah. Dan sesiapa yang berbuat baik kepada orang tuanya (ibu bapa) mereka memperoleh perhatian Allah dengan kasih sayang, sedang aku menjaminnya di dalam syurga. Dan seseorang perempuan yang mencari keredaan suaminya, maka baginya balasan pahala sebagai mana pahala Siti Maryam dan Siti Aisyah. Dan sesiapa yang menolong keperluan saudara Muslimin, maka Allah akan menolong 1,000 keperluan pada hari kiamat." - (Riwayat Anas Malik).

Rasulullah bersabda lagi bermaksud: "Sesiapa memberi terang dengan lampu di masjid dalam bulan Ramadan, maka baginya cahaya dalam kuburnya dan dicatat untuknya pahala orang yang bersolat di dalam masjid itu. Manakala malaikat bersama memohon tambahkan kebaikan untuknya, bahkan malaikat pembawa Arasy pun memohon keampunan untuknya selama mana lampu itu ada di dalam masjid." - (Riwayat Abu Hurairah).

Keletihan dan kepayahan yang dirasai seharian berpuasa sehingga sebulan Ramadan dengan ikhlas kerana Allah, akan berakhir dengan dua kegembiraan, iaitu semasa di dunia dan di akhirat nanti.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Pertama, ketika dia berbuka dan kedua, dapat bertemu Allah di akhirat nanti." - (Riwayat At-Tirmizi).

Keistimewaan yang banyak itu patutlah kita rebut dengan memanfaatkan setiap detik dalam bulan Ramadan al-mubarak ini. Orang yang meningkatkan amal ibadatnya dengan ikhlas, pasti dapat merasai nikmat itu sejak di dunia lagi.
*****************

Barakallahufikum
Semoga Ramadhan ini bukan untuk yang terakhir kalinya... Mohon keampunan Allah atas segala dosa-dosa yang kita lakukan sama ada kita sedari ataupun tidak..

Tuesday, July 10, 2012

Kasih Sayang dan Cinta

Salam sayang buat semua

Menyebut saja tentang cinta dan kasih sayang sudah pasti semua telah membayangkan orang yang dikasihi..
baik suami, isteri mahu pun anak-anak.. Atau sesiapa saja yang teristimewa yang menapak dalam jiwa dan raga..

Ada kebenarannya bahawa orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya.


Malah Nabi saw mengingatkan kita tentang sikap segolongan manusia yang diperbudak oleh cintanya melebihi cintanya kepada Allah swt.

Teringat kata-kata seorang ustaz- mengingatkan isterinya - biarlah kita di pandang kolot oleh orang sekeliling asalkan kita dapat menghidupkan sunnah dalam kehidupan kita-
Bila hati sentiasa mengingati Allah, pandangan Allah lebih penting drp segalanya..

Ciri-ciri yang boleh dilihat bila memiliki cinta sejati

(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,

(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan

(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain / diri sendiri.

Bagaimana dengan cinta terhadap Allah swt.. ??

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Allah swt dengan membaca firman Nya, lebih suka berbicara dengan Allah SWT dalam keadaan senang atau pun susah, dan lebih suka mengikuti perintah Allah SWT dari perintah yang lain. selain itu cinta kepada rasulnya tanpa berbelah bagi..

Bila cinta kpd Allah melebihi segalanya, sudah pasti sikap dan pergaulannya sesama manusia juga akan menampakan pertautan hati dengan sang pencipta.

Bila dia berkahwin, dia akan menjadi suami atau isteri yang penuh dgn kasih sayang terhadap pasangannya dan anak-anaknya.

Terlihat gambar ini meluruhkan hati saya. Cinta antara satu sama lain tidak berlandaskan harta.. Cinta kerana Allah membuahkan kasih sayang sejati..
Miskin harta tapi menggunung kasih sayang akan membahagiakan hidup dunia akhirat..

Hargailah pasangan anda dalam keadaan susah dan senang..

Saturday, July 7, 2012

Salam semua

Sudah begitu lama saya menerima gambar-gambar drp Adik Fadzley semasa proses pemasangan tiles Inqaz... Izinkan saya share

Kadang ada saya terdengar- knp perlu diwar-warkan sumbangan dsb.. Saya akui sebaik-baik pemberian itu di rahsiakan.. Saya akur. Cuma saya telah diamanah oleh beberapa orang teman yang telah menyumbangkan dana - untuk pemasangan tiles dan sebagainya.

Justeru, saya mengambil kesempatan utk memperlihatkan gambar-gambar buat tatapan para penderma bahawa dana yang diberikan serta amanah yang saya pikul telah terlaksana. Saya pasti para dermawan di luar sana akan merasa gembira melihat hasil sumbangan mereka ..

Saya berpegang kepada - "segala amal itu tertakluk kepada niat"

Niat kita ikhlas maka ikhlaslah amalan kita.

Semoga Allah menerima amal jariah kita.

Ameen

Teman

Nasehat Bakr bin Abdullah Abu Zaid, ketika baliau berkata,” Hati-hatilah dari teman yang jelek …!, karena sesungguhnya tabiat itu suka meniru ! .


“Apabila engkau berada di tengah-tengah suatu kaum maka pililhlah orang-orang yang baik sebagai sahabat, dan janganlah engkau bersahabat dengan orang-orang jahat sehingga engkau akan binasa bersamanya“

Hal ini telah diungkapkan oleh Rasulullah saw :

“Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik (shalihah) dan teman yang jahat adalah seperti pembawa minyak wangi dan peniup api pandai besi. Pembawa minyak wangi mungkin akan mencipratkan minyak wanginya itu atau engkau menibeli darinya atau engkau hanya akan mencium aroma harmznya itu. Sedangkan peniup api tukang besi mungkin akan membakar bajumu atau engkau akan mencium darinya bau yang tidak sedap“. (Riwayat Bukhari, kitab Buyuu’, Fathul Bari 4/323 dan Muslim kitab Albir 4/2026)


Inqaz Visit - Nik Aslinda Nik Husin & family

Hari ini hati begitu sayu merindui suasana menziarahi Madrasah Inqaz. Namun, bila mendapat tahu ada sahabat- sahabat yang meluangkan masa utk bersama anak-anak Inqaz semalam (Jumaat - 6/7/12) mengubat kerinduan.

Linda dan suami serta anak-anak meluangkan masa menziarahi Madrasah Inqaz. Alhamdulillah

Terjemahan surah At Taubah tentang zakat dan sedekah - semoga menjadi ikhtibar

[103]
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[104]
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?

[105]
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.

Friday, July 6, 2012

Solat Jumaat


Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya),
(Al-Jumu'ah 62:9)

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al-Jumu'ah 62:10)

Wahai anak-anakku - Di mana pun kamu berada carilah masjid utk menunaikan Solat Jumaat..


Hari ini 'discover' satu lagi masjid Di Manchester. Di kenali sebagai Islamic Academy.

Alhamdulillah..