Monday, July 29, 2013

Kesejahteraan diri

Assalamualaikum wr wb

Terbaca satu artikel berkaitan dengan cara-cara untuk mendapatkan kesejahteraan hidup. Saya rasa sangat baik untuk saya kongsi kah bersama teman-teman. Lebih kepada peringatan buat diri saya sendiri.

1. Sentiasa memerhatikan keaiban diri sendiri daripada melihat keaiban diri orang lain.
Teringat semasa saya di alam persekolahan, ustazah selalu mengingatkan kami untuk ' muhasabah diri' setiap malam sebelum tidur. Muhasabah diri ini berkait rapat dengan mencari dan memikirkan kelemahan diri sendiri. Melihat apa yang telah kita lakukan sepanjang hari. Adakah kita menyakitkan hati jiran, sahabat atau sesiapa saja...

2. Berfikir secara tenang tanpa emosi.
Sikap ini sangat penting dalam kehidupan kita. Kadang kita melihat sesuatu isu itu secara emosi . Terlalu mengikut emosi selalunya akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Bersikap tenang akan membawa kepada penyelesaian masalah secara bijaksana dan berhemah.

3. Berusahalah mendapat rahmat dan keampunan Allah walau di mana kita berada
Sebagai seorang manusia yang lemah kita seharusnya mengingatkan diri kita untuk memohon keampunan Allah sentiasa. Siapakah kita untuk berlaku sombong kepada Allah. Bila kita sujud bawalah bersama hati kita dengan rasa khusyuk memohon keampunanNya atas segala dosa-dosa kita. Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang.

4. Sentiasa bersikap adil dalam apa jua situasi yang berlaku
Adil.. Sebagai pemimpin - Ayah sebagai pemimpin dalam rumahtangga, ibu sebagai pemimpin kepada anak-anaknya, ketua sebagai pemimpin dalam sesebuah institusi atau organisasi hendaklah memancarkan sikap 'adil' kepada semua orang di bawah jagaan mereka.
Berlaku adil akan mendekatkan diri kita kepada sifat Taqwa.

5. Buatlah kepada orang lain sebagaimana kita suka dilakukan sebegitu
'Treat others the way you like to be treated'. Cth - Kalau kita tidak suka bila orang lain menipu kita maka kita jangan sekali-kali menipu orang lain. Ya..saya yakin hubungan kita akan lebih bahagia dan membahagiakan...

Peringatan ini untuk diri saya sendiri. Semoga dapat dimanfaatkan jua oleh teman-teman.

Photo- Somerset Vietnam revisit -2012
(2002-2005)












Friday, July 5, 2013

Birthday Adik 5/7/13

Alhamdulillah hari ni zahrah dah genap 13 tahun. Tidak terasa masa yang beralu.. Anak-anak semakin membesar mengingatkan kita kepada pertemuan dengan Allah juga semakin hampir...

Hati masih sedih dengan berita tentang keadaan yang semakin gawat di Egypt.. Kemampuan kita hanya berdoa kehadrat Allah swt semoga perlindungan kepada rakyat di sana dan dijauhkan daripada pertumpahan darah sesama Islam.. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui hikmah disebalik kejadian yang berlaku. HambaMu yakin perancanganMu Ya Allah sudah pasti yang terbaik .. Allahuakbar.


Berbalik kepada cerita tentang sambutan harijadi Zahrah. Pada kebiasaanya kalau di Sudan dapat juga 'celebrate' dengan anak- anak di Inqaz ( Sekolah Tahfiz Sudan).. Budaya menyambut Ulangtahun sudah menjadi kebiasaan tetapi saya ingin memastikan anak-anak faham bahawa sambutan ini bukan untuk meraihkan diri sendiri tetapi lebih kepada meraihkan orang lain yang tidak bernasib baik. Anak-anak perlu menghargai masa yang telah diberikan oleh Allah -- umur yang ada perlu di hargai dan boleh dimanfaatkan untuk orang lain.

Sesampainya kami di tempat ini hanya ada 3 org pelajar. Selebihnya berada di sekolah menjalani sesi persekolahan

3 orang pelajar
2 lelaki- adik beradik. Ibu Melayu, ayah india. Ibu meninggal dunia. Demi menjaga akidah anak-anak ini dihantar ke pusat penjagaan ini untuk mendalami ilmu agama. Dalam tempoh 6 bulan, mereka dapat menghafal selawat syifa dan juga boleh membaca quran..

Anak Perempuan yang ada dalam gambar ini... saat kecil ibunya meninggalkan dia di rumah pengasuh dan berjanji akan mengambilnya semula selesai kerja.. rupa-rupanya itulah kali terakhir dia bertemu ibunya.. Allah kurniakan anak ini dengan akal yang bijak. Boleh menghafal surah-surah pendek dalam jangkamasa yang singkat. mashaaAllah

Kagum dgn penyelia sekolah ini - Bila bercerita dengan beliau terpancar keseronokan di wajahnya sambil bercerita kerenah anak-anak di bawah pengawasannya... kebahagiaan dapat saya rasakan juga bila dikelilingi anak-anak ini...terasa ingin sentiasa bertemu mereka..

Semoga Allah membalas keikhlasan Kak Zainab -



Barakallahufiq