Saturday, March 1, 2014

Ketentuan sesuatu adalah HAQ Allah swt

Assalamualaikum wr wb

Alhamdulillah syukur kehadirat Allah swt saya masih bisa meneruskan jari-jari ini untuk meneruskan luahan hati yang tersimpan untuk teman-teman di mana saja anda berada. 

Alhamdulillah Alhamdulilllah Alhamdulillah -  hari-hari yang dilalui terlalu indah dan penuh rasa syukur kehadrat Allah swt. Terlalu banyak nikmat yang tidak dapat dihimpun untuk diluah di sini..nikmat yang terlalu banyak diberikan kepada diri ini berbanding apa yang saya lakukan sebagai seorang hambaNYA... Ya Allah biarlah nikmat ini merupakan nikmat dan bukan satu ujian buat diri ini.. Ampunkanlah segala dosa-dosa hambaMu ya Allah..Daku  hambaMu yang lemah. Berilah kami petunjukMu untuk sentiasa ingat kepadaMu dan bersyukur dengan nikmat yang engkau berikan kepada hambaMu yang kerdil ini...

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Rasulullah saw beserta keluarga dan para sahabatnya dan semua ummatnya hingga ke akhirnya..Semoga kami mendapat syafaatnya ya Allah dan dapat melihat wajahnya ya Allah. Kami merinduimu ya Rasulullah..


Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar Maha Mengetahui apa yang terbuku dalam hati hamba-hambaNYa.. 


Ingin saya kongsikan impian saya bila mengenali INQAZ SUDAN,  sebuah sekolah tahfiz terletak di Khartoum Sudan . Blog ini pun saya wujudkan kerana INQAZ... 

Kedaifan sekolah ini membuatkan hati saya ingin mendekati dan berbakti seboleh kemampuan semata-mata kerana Allah. Pelajar yang berada di sini sangat daif. Kehebatan mereka adalah menghidupkan pengajian hafazan Al Quran. Kemiskinan dan kesusahan tidak menjadi benteng untuk anak-anak di sini menghidupkan Quran dalam jiwa mereka.. 

Semasa suami bertugas di Sudan alhamdulillah saya menjadikan satu rutin untuk menziarahi anak-anak sekurang-kurangnya seminggu sekali. Alhamdulillah.. saya sangat bersyukur dengan peluang yang Allah beri untuk bersama mereka..duduk dan bertemu mereka, makan bersama mereka memberikan satu rasa yang sangat indah dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya sangat merindui mereka..Semoga Allah mengizinkan untuk saya dapat menziarahi mereka lagi,
Ameen ya Rabb

Tugas suami akhirnya tamat di Sudan dan kami dikehendaki untuk kembali ke negara asal. Itulah ketentuan Allah swt walaupun hati sangat berat meninggalkan anak-anak ini..

Diizin Allah swt saya dapat menunaikan umrah bersama suami dan anak-anak sebelum mengakhiri tugas suami di Sudan..

Alhamdulillah saya dipertemukan dengan Ustaz KhairulNizam dan Ustazah Azma yang kebetulan pada masa itu juga sedang menunaikan umrah. Pertemuan kami sangat bermakna walaupun begitu singkat.. Duduk di dalam masjid sambil melihat kaabah (mashaaAllah indah sangat saat itu) ..kami bercerita cita-cita yang kami impikan untuk kami lakukan.. saat itu saya meluahkan keinginan saya untuk mempunyai syarikat sendiri untuk membawa jemaah menunaikan umrah...AllahuAkbar Allah itu Maha Pendengar...

Ustaz dan ustazah juga menyatakan keinginan mereka untuk membina madrasah- mashaaAllah impian dan harapan yang sangat baik sekali demi meneruskan ahli ilmuan yang mempunyai hati dekat dengan Allah swt. Mereka kini dalam proses ke arah mencapai impian dan cita-cita itu..

Perpisahan kami di bumi barakah, Tanah Haram  membawa haluan masing-masing selepas itu...

Sekembalinya saya ke Malaysia saya mengambil keputusan untuk membuka syarikat sendiri...
Allah permudahkan dan kini berdirilah INQAZ TRAVEL & TOUR SDN BHD -sempena mengambil nama Sekolah Tahfiz di Sudan yang sangat saya sayangi...

Kini dengan izin Allah kami bergerak bersama.. Allah itu maha pengasih dan penyayang.. saya dipertemukan semula dengan ustaz Nizam dan ustazah Azma..Mereka membantu Inqaz dengan penuh keikhlasan.. Ustaz juga memperkenalkan saya dengan Ustaz Muhammad Fitri... MashaaAllah hamba Allah yang sangat baik dan hebat bekerja..
HambaMU bersyukur kepadaMu ya Allah kerana sentiasa dipertemukan dengan hamba-hambaMU yang sentiasa mengingatkan diri ini apa tujuan, dari mana, ke mana dan untuk apa kami berada di sini ya Allah...Alhamdulillah

Semoga INQAZ akan berkembang maju dengan izinMu ya Allah sebagai platform yang dapat melakukan kebaikan dalam menegakkan agama MU.. HambaMu tidak mampu ya Allah tanpa pertolonganMu..Bantulah kami ya Allah dan bimbinglah kami untuk terus berada di jalanMU yang lurus.. jauhkan hati kami untuk terlalu cinta dunia.  Bantulah kami untuk menegakkan syiarMU dengan usaha kami yang sedikit...

Ameen

sesungguhnya yang baik daripada Allah dan kelemahan itu atas kelemahan diri ini sendiri

 Sekolah Tahfiz Inqaz Sudan
Alhamdulillah kini sekurang-kurangnya lantai ini sudah di tiles kan dengan bantuan derma daripada hamba-hamba Allah di Malaysia dan Sudan
semoga Allah membalas kebaikan anda semua..

 Ustaz Nizam - Area Masjid Quba
February 2014

 Kuliah disampaikan oleh Ustaz Nizam-semasa Qiyyam bersama jemaah
Masjid Nabawi 
February 2014



Ustaz Muhammad Fitri
sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan bilik buat jemaah INQAZ
'backpackers package'
khusus buat jemaah lelaki sahaja
semoga dipermudahkan Allah swt







No comments:

Post a Comment