Thursday, September 13, 2012

+Ve Thinking

"One of the keys to creating great relationships sometimes
requires you to change the way you look at life. It requires
you to focus on what you like, love and admire about the
people in your lives instead of what you don't like."

Saya sangat bersetuju dengn kata- kata di atas. Dalam perhubungan kita dengan sesiapa pun baik hubungan suami isteri, adik beradik, jiran tetangga atau sesiapa saja sikap memberi fokus kepada sesuatu yang kita suka ada pada seseorang itu sangat penting untuk mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan positif.

Sikap melihat sesuatu yang negatif itu akan menghasilkan rasa kebencian dan pada akhirnya mengikis perasaan sayang dan menggantikannya dengan sikap benci. Akhirnya akan memutuskan silaturrahim - kalau suami isteri mungkin akan berlaku pergaduhan dan kebencian. Syaitan tersenyum kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka utk membawa kpd permusuhan dan pergaduhan..

Sebagai kesimpulannya jelas sekali berfikiran positif perlu dipupuk dan dibelai kerana memandang sesuatu secara positif akan mengubah pandangan dan persepsi kita terhadap kehidupan kita di dunia yang sementara ini.

Salam jumaat semua semoga kita sentiasa diberi petunjuk Allah swt dalam mengharungi kehidupan serba mencabar ini.

Wallahualam