Saturday, August 11, 2012

Luahan rasa b'sama Dato Dr Fadzilah Kamsah

Salam

Terdengar rintihan seorang isteri yang hilang rasa seronok untuk menyambut raya tahun ini. Katanya dia berasal daripada Sarawak dan kini duduk di Perak kerana mengikut suami yang bertugas.. Suami tidak akan beraya bersama kerana tugas..( sy membuat andaian suaminya seorang perajurit).. Bila ditanya ada jiran tak? 'jiran senua balik kampong' - itulah jawaban yg diterima daripada ibu ini. Di tanya lagi, so tinggal dgn siapa?' - ' Duduk dgn 2 anak kecil'
Dan katanya adiknya baru saja meninggal-

Luahan hati yang sememangnya sedih.. Jawapan Dato Fadzilah,

Fikir positif
Perlu lihat sekelililing kita..bnyk lg manusia yg lebih susah dan lebih besar ujian yg diterima.ada rumah yang dibom semasa raya.

Nyatakan pada diri- ibu dan adik sihat, begitu juga dengan suami. Lihat sekeliling. Ramai yg kehilangan suami - Melihat kepada itu kita akan menjadi manusia yg lebih bnyk BERSYUKUR...

Semoga ibu muda ini lebih tenang setelah mendengar cara terbaik mengembalikan mood yang hilang-

Wallahua'lam



Friday, August 10, 2012

Laitul Qadr - bila?

Sebenarnya Lailatul Qadr itu rahsia Allah. Sebagai hambaNya kita digalakkan menghidupkan 10 malam terakhir dgn lebih banyak melakukan ibadah- solat sunnat, membaca quran dan berzikir.

Kita ikhlaskan untuk mendapat keredhaan Allah swt. Amal ibadat yang kita lakukan ini semata-mata untuk menunjukkan rasa syukur kita kpd Allah atas segala nikmat dan peluang hidup yang masih diberikan kepada kita. Mudahan Allah memberi peluang kita bertemu dengan malam lailatul qadr yang mana telah dinyatakan dalam Al Quran lebih baik daripada seribu bulan.

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

Ada hadis tak tanda-tanda malam Lailatul Qadr ni??

Hasil pembacaan -

** sesungguhnya aku diperlihatkan Lalilatul Qadr kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula sejuk, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan2 tidak keluar sampai terbit fajar". (HR. ibn Khuzaimah)

** “Sesungguhnya tanda Lailatul Qadr adalah malam yang bersih cerah, seakan-akan di dalamnya bulan terang tenang, tidak sejuk dan tidak juga panas, dan tidak boleh bintang dijatuhkan di dalamnya sampai pagi, dan sesungguhnya tandanya adalah matahari pagi harinya terbit sejajar tidak mempunyai sinar seperti bulan pada malam purnama dan syaitan tidak boleh keluar bersamaan dengannya pada malam itu“. (HR. Ahmad)


** “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar” (HR. Muslim)

Marilah kita mencari malam Lailatul Qadr- beruntung mereka yang terpilih...


Lailatul Qadr

Doa yang digalakkan untuk kita baca

Monday, August 6, 2012

Kelebihan Memberi Makan Orang Yang Berpuasa

Zaid bin Khalid al Ju-Juhaini melaporkan- Rasulullah saw menerangkan , " Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa ketika waktu berbuka, beliau mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa ada sedikitpun pengurangan." Direkodkan oleh Tirmizi dan beliau mengatakan hadis ini adalah hadis sahih.

Ummu Umarah al Ansariah melaporkan, "Pada suatu hari, Rasulullah datang ke rumahnya. Ummu Umarah berkata, ' Saya sedang berpuasa .' Rasulullah saw berkata, Sebenarnya orang yang berpuasa itu dipohonkan kerahmatan oleh para malaikat. Iaitu apabila terdapat orang lain sedang makan berhampiran dengannya sehinggalah orang itu selesai makan. ' Mungkin juga beliau berkata, 'Sehingga orang itu kenyang.'" -Termizi

Anas melaporkan," Rasulullah menemui Sa'ad bin Ubadah. Sa'ad menghulurkan roti dan minyak kepada Rasulullah, lalu beliau pun makan. Selesai makan beliau berkata, 'Orang yang berpuasa berbuka di rumahmu. Orang yang bertaqwa memakan makananmu. Dan para malaikat memohonkan kerahmatan untukmu. - Abu Daud

Semoga Ramadhan kali ini kita cuba menjamu orang yang berbuka puasa dan semoga amalan kita yang sedikit cuma diterima Allah swt.

Ameen

Barakallahufiq

Wednesday, August 1, 2012

Sabar

Salam sayang buat semua..

Kali ni nak bercerita tentang sifat sabar. Kadang kita lupa bila diuji. Benar kata seorang kawan yang mengingatkan - semakin iman meningkat semakin kuat jugalah ujian yang diterima..Alhamdulillah

Semalam mendapat berita dari seorang adik meluhkan rasa letih dengan ujian Allah kerana diusia yang begitu muda beliau telah menjalani pembedahan kerana pendarahan rahim. Masih menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia.

Sangat memahami betapa sukarnya ketika belajar beberapa kali mengambil cuti kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Sebagai seorang yang lebih tua, hanya mampu menyatakan rasa simpati dan mengingatkan dia untuk bersabar dan memohon kepada Allah swt agar cepat disembuhkan..
( mohon doa teman-teman untuk adik ini - mudahan kesembuhan yang segera buat beliau). Ameen.

Ingin saya kongsikan seerah rasulullah saw:
Abdullah bin Mas'ud melaporkan, pada suatu hari saya berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. Saya dapati beliau sedang demam panas. Saya berkata, 'wahai utusan Allah, tuan demam panas!' Beliau berkata, Ya, sebenarnya panasku ini seperti panas dua orang daripada kamu,' Saya berkata lagi, sekiranya begitu, pasti tuan memperoleh pahala sebanyak dua kali ganda.' Beliau menjawab, Betul. Begitu yang sepatutnya. Setiap orang Islam yang ditimpa penyakit walaupun hanya dicucuk duri, Allah mengampuni semua kesalahan dan dosanya, seperti sebatang pokok yang meluruhkan daunnya'." ( Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah menjelaskan," Sesiapa yang Allah pilih supaya diberi kebaikan, maka Allah menurunkan musibah kepadanya." (Bukhari)

Kadang saat ditimpa ujian ada juga pernah saya mendengar luahan hati untuk mati saja kerana tidak tahan dengan rasa kesakitan yang dilalui.. Astaghfirullah.

Anas melaporkan, Rasulullah menjelaskan, " Apabila ditimpa dugaan yang berat, jangan saudara minta dimatikan. Namun, sekiranya keadaan memaksa, hendak saudara mengatakan, Ya Allah panjangkan umurku, andai hidup itu lebih baik untukku. Dan matikanlah aku, andai mati itu lebih baik untukku'." (Bukhari Muslim)

Hakikatnya, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bukan mudah bila diuji.

Kita mohon kepada Allah swt kita tidakndiuji dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi...

Dalam hal ini, bila diuji.. Pilihlah kawan rapat yang boleh dipercayai , yang memahami dan boleh menasihatkan kita jalan yang benar sebagai tempat untuk meluahkan perasaan yang terbuku.

Tetapi,
Jangan lupa untuk meluahkan kepada Allah swt kerana Allah swt yang menurunkan ujian itu.. Allah jualah yang boleh menarik balik ujian itu..

Wallahualam