Wednesday, August 1, 2012

Sabar

Salam sayang buat semua..

Kali ni nak bercerita tentang sifat sabar. Kadang kita lupa bila diuji. Benar kata seorang kawan yang mengingatkan - semakin iman meningkat semakin kuat jugalah ujian yang diterima..Alhamdulillah

Semalam mendapat berita dari seorang adik meluhkan rasa letih dengan ujian Allah kerana diusia yang begitu muda beliau telah menjalani pembedahan kerana pendarahan rahim. Masih menuntut di salah sebuah pusat pengajian tinggi di Malaysia.

Sangat memahami betapa sukarnya ketika belajar beberapa kali mengambil cuti kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Sebagai seorang yang lebih tua, hanya mampu menyatakan rasa simpati dan mengingatkan dia untuk bersabar dan memohon kepada Allah swt agar cepat disembuhkan..
( mohon doa teman-teman untuk adik ini - mudahan kesembuhan yang segera buat beliau). Ameen.

Ingin saya kongsikan seerah rasulullah saw:
Abdullah bin Mas'ud melaporkan, pada suatu hari saya berjumpa dengan Nabi Muhammad saw. Saya dapati beliau sedang demam panas. Saya berkata, 'wahai utusan Allah, tuan demam panas!' Beliau berkata, Ya, sebenarnya panasku ini seperti panas dua orang daripada kamu,' Saya berkata lagi, sekiranya begitu, pasti tuan memperoleh pahala sebanyak dua kali ganda.' Beliau menjawab, Betul. Begitu yang sepatutnya. Setiap orang Islam yang ditimpa penyakit walaupun hanya dicucuk duri, Allah mengampuni semua kesalahan dan dosanya, seperti sebatang pokok yang meluruhkan daunnya'." ( Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah melaporkan, Rasulullah menjelaskan," Sesiapa yang Allah pilih supaya diberi kebaikan, maka Allah menurunkan musibah kepadanya." (Bukhari)

Kadang saat ditimpa ujian ada juga pernah saya mendengar luahan hati untuk mati saja kerana tidak tahan dengan rasa kesakitan yang dilalui.. Astaghfirullah.

Anas melaporkan, Rasulullah menjelaskan, " Apabila ditimpa dugaan yang berat, jangan saudara minta dimatikan. Namun, sekiranya keadaan memaksa, hendak saudara mengatakan, Ya Allah panjangkan umurku, andai hidup itu lebih baik untukku. Dan matikanlah aku, andai mati itu lebih baik untukku'." (Bukhari Muslim)

Hakikatnya, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bukan mudah bila diuji.

Kita mohon kepada Allah swt kita tidakndiuji dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi...

Dalam hal ini, bila diuji.. Pilihlah kawan rapat yang boleh dipercayai , yang memahami dan boleh menasihatkan kita jalan yang benar sebagai tempat untuk meluahkan perasaan yang terbuku.

Tetapi,
Jangan lupa untuk meluahkan kepada Allah swt kerana Allah swt yang menurunkan ujian itu.. Allah jualah yang boleh menarik balik ujian itu..

Wallahualam


No comments:

Post a Comment