Monday, August 6, 2012

Kelebihan Memberi Makan Orang Yang Berpuasa

Zaid bin Khalid al Ju-Juhaini melaporkan- Rasulullah saw menerangkan , " Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa ketika waktu berbuka, beliau mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa ada sedikitpun pengurangan." Direkodkan oleh Tirmizi dan beliau mengatakan hadis ini adalah hadis sahih.

Ummu Umarah al Ansariah melaporkan, "Pada suatu hari, Rasulullah datang ke rumahnya. Ummu Umarah berkata, ' Saya sedang berpuasa .' Rasulullah saw berkata, Sebenarnya orang yang berpuasa itu dipohonkan kerahmatan oleh para malaikat. Iaitu apabila terdapat orang lain sedang makan berhampiran dengannya sehinggalah orang itu selesai makan. ' Mungkin juga beliau berkata, 'Sehingga orang itu kenyang.'" -Termizi

Anas melaporkan," Rasulullah menemui Sa'ad bin Ubadah. Sa'ad menghulurkan roti dan minyak kepada Rasulullah, lalu beliau pun makan. Selesai makan beliau berkata, 'Orang yang berpuasa berbuka di rumahmu. Orang yang bertaqwa memakan makananmu. Dan para malaikat memohonkan kerahmatan untukmu. - Abu Daud

Semoga Ramadhan kali ini kita cuba menjamu orang yang berbuka puasa dan semoga amalan kita yang sedikit cuma diterima Allah swt.

Ameen

Barakallahufiq

No comments:

Post a Comment