Monday, March 21, 2016

Apa Erti Kebahagiaan??? Tepuk Dada tanya Diri

STEVE JOBS pemilik IT APPLE Co. 

Kekayaan bersih USD 10.5 Billion atau setara RM 46 Billion. Meninggal pada 5  Oktober 2011. 
Beliau lahir 24 Februari 1955. 
Tamat usia pada usia 56 tahun.

Kata2 terakhir Steve Job sebelum meninggal :

Dalam dunia business, 
aku adalah simbol dari kejayaan, 
seakan-akan harta dan diriku tiada pemisahan, 
kerana selain kerja,
hobiku tak banyak.

Ketiks ini aku terbaring di hospital, merenungi jalan kehidupanku, kekayaan, 
nama, 
dan kedudukan,
semuanya itu tidak ada ertinya lagi.

Malam yang hening,
cahaya dan suara alat alat di sekitar katilku,
bagaikan nafasnya maut kematian yang hampir pada diriku.

Sekarang aku faham..
seseorang hanya patut memiliki harta secukupnya untuk digunakan dirinya saja, itu sudah cukup. 
Mengejar kekayaan tanpa batas itu bagaikan monster yang mengerikan.

Tuhan memberi kita organ-organ perasa,
agar kita boleh merasakan cinta kasih yang terpendam dalam hati kita yang paling dalam. 
Tetapi bukan kegembiraan yang datang dari kehidupan yang mewah — itu hanya ilusi saja.

Harta kekayaan yang aku perolehi semasa aku hidup, 
tak mungkin boleh ku bawa pergi. 
Yang aku boleh bawa adalah kasih yang murni yang selama ini terpendam dalam hatiku. 
Hanya cinta kasih itulah yang mampu memberiku kekuatan dan ketenangan.

Katil apa yang termahal di dunia ini ?
Katil orang sakit. Orang lain boleh bukakan kereta untukmu, 
orang lain boleh kerja untukmu, 
tapi tidak ada orang boleh menggantikan sakitmu. 
Barang yang hilang boleh didapatkan kembali, 
tapi nyawa hilang tak boleh kembali lagi.
Saat kamu masuk ke bilik bedah, 
kamu baru sedar bahawa kesihatan itu betapa berharganya.

Kita berjalan di jalan kehidupan ini. 
Dengan berlalunya waktu, 
suatu saat akan sampai tujuan. 
Bagaikan panggung pentas pun, 
tirai panggung akan tertutup, 
pentas telah berakhir.

Yang patut kita hargai dan sayangkan adalah hubungan kasih antara keluarga, 
cinta akan suami-istri dan juga kasih persahabatan antara sahabat handai..

HARGAI SETIAP DETIK DALAM KEHIDUPAN KITA, 
ISI HIDUP KITA DENGAN PERKARA PERKARA YANG TIDAK BOLEH DI BELI DENGAN WANG RINGGIT.