Beruntung jemaah yang dapat menunaikan umrah menggunakan visa umrah selepas musim Haji..
Jemaah ini meminta saya menguruskan ziarah mereka. Kumpulan kecil terdiri drp ibu mertua, abang sebagai mahram dan adik beradik perempuan..
Mereka sangat beruntung mereka dijemput saat suasana hening dan tidak sibuk ketika kedatangan mereka..
Mereka bercerita dengan penuh seronok - alhamdulillah tak perlu berebut mengucup Hajaratul Aswad..
Subehanallah.. Pengalaman saya setelah beberapa kali berada di hadapan Kaabah , belum pernah lagi saya melihat jemmah mengucup dengan mudah tanpa berhimpit..
Justeru, bila mereka bercerita saya yakin mereka hamba Allah yg terpilih.. Allahuakbar..Ini gambar-gambar Yg mereka share
Penerbangan - Emirates Airline
Jemaah mendarat di lapangan terbang Jeddah . Singgah di masjid terapung Jeddah Utk solat subuh sebelum bertolak ke Mekah.
Menginap di Hotel Elaf Kinda bersebelahan Hotel Hilton. Jarak lebih kurang 200 meter drp Masjidil Haram
Selesai umrah. Alhamdulillah
Syukur kpd Allah dapat berdoa di hadapan kaabah -
Bersarapan pagi bersama family di Kota Suci Mekah
Cantik pemandangan daripada tingkat atas Masjidil Haram
MashaAllah suasana sgt lapang menunjukkan keadaan di dataran Masjidil Haram lengang..
Seronok bila saya dapat tahu Jemaah juga dapat mendaki Gua Hira' -( Ziarah Pilihan ). Dapat melihat sendiri tempat rasulullah saw yang Kita kasihi bermunajat Dan menerima wahyu daripada Allah swt.
Juga pemandangan drp atas
Salah satu lagi ziarah yang mungkin ramai yang teringin untuk pergi
Ziarah ke Jabal Rahma di mana Adam dan Hawa dipertemukan semula setelah puluhan tahun berpisah.
Tiba masa Utk Bergerak ke Kota Madinah
Kenderaan yang disediakan buat jemaah
InshaaAllah kumpulan kecil satu keluarga (6 orang- inshaaAllah Inqaz menyediakan kenderaan ini)
Singgah 'lunch' dipertengahan Jalan ke Kota Madinah
Mendaftar di Hotel Dyar international Madinah
Kota Madinah
Masjid Nabawi
Keesokkan Hari Ziarah luar Kota Madinah
Dimulakan dengan menziarahi Masjid Quba
Solat dua rakaat di Masjid Quba sama pahala menunaikan umrah ( di pesan oleh rasulullah saw untuk berwuduk dari rumah/ hotel sebelum memulakan perjalanan ke Masjid Quba Utk mendapat pahala umrah)
Ziarah Bukit Uhud di mana terletaknya makam sayyidina Hamzah pakcik kesayangan Rasulullah
Sekiranya anda beruntung anda pasti akan terhidu bau yang sangat wangi saat berdiri di pagar makam para syahid
Kubur para syahid dalam pagar ๐
Alhamdulillah mereka selamat kembali ke tanah air . Perjalanan 12 hari 10 malam didoakan kembali dengan umrah makbullah.
Terima kasih atas keperayaan kalian
Berminat umrah bersama inqaz
Hubungi email : inqazglobal@gmail.com
No comments:
Post a Comment