Tuesday, September 13, 2016

Eidul Adha 2016

Assalamualaikum wr wb

Semoga Allah merahmati anda semua

Seusai solat sunnat Eidul Adha, balik ke rumah menjamah makanan yang telah kami siapkan lebih awal.. Sambil makan mula terasa sebak mengimbau cerita lama kenangan lama saat menyambut raya bersama ayah dan ibu.. Air mata menitis sedih dan berdoa kehadirat Allah semoga Allah menempatkan mereka dalam golongan yang beriman. Al Fatihah..

Apa yang menariknya tahun ini sy bersungguh meminta anak-anak mencari daun pisang di kedai berdekatan kerana saya teringin untuk memasak sendiri ketupat nasi daun pisang. Di kalangan keluarga  di kenali sebagai Burasak..
Walaupun pertama kali sy membuat ketupat ini tapi sy yakin hasilnya pasti menepati citarasa saya.. Hehee

Alhamdulillah sy gembira hasilnya begitu memuaskan hati.. Dapatlah kami makan burasak dengan ayam rendang yang telah menjadi tradisi turun menurun. 





Selain rendang, menjadi satu kemestian untuk menyediakan juadah sambal kentang goreng dan daging masak kicap .. Alhamdulillah semoga Engkau menerima amal kami ya Allah


Alhamdulillah cantik percaturan dan perancangan Allah. Mengizinkan  kami melaksanakan korban bersama saudara seislam di negara lain. Pilihan kami kali ini di Kampung Chao Doc Vietnam.

Perjalanan bermula daripada Airport Ho Chi Minh menaiki kereta selama 6 jam untuk sampai ke Chao Doc.. Alhamdulillah Allah beri kesihatan yang baik  untuk sampai ke sini. Ditemani suami dan anak memberikan satu keluatan Alhamdulillah...

Kejap sambung ya


Sunday, September 4, 2016

Cantiknya Negeri Sabah di Bawah Bayu


Lama saya tidak berceloteh di sini

Sibuk? Alasan yang sering diguna untuk menyenangkan hati sendiri

Kalau nak sebut sibuk semua orang sibuk. Semua orang punya kekangan masa tapi siapa yang dapat menguruskan masanya dengan baik sebenarnya itulah orang yang beruntung... 

Beberapa hari yang lalu saya ke Sabah. Sangat cantik pemandangan yang saya sendiri begitu teruja bila melihat keindahan tempat-tempt yang ada di Sabah. Gunung Kinabalu,  Poring, Spa Ikan, ladang teh dan yang paling best adalah ladang tenusu .. Di bawah kaki Gunung Kinabalu.. Cantik sgt2.. Rasa nak g lagi...




Karambunai Resort


Karambunai Resort



Katambunai Resort

Gunung Kinabalu


Gunung Kinabalu




Kaki Gunung Kinabalu


Kaki Gunung Kinabalu

Fish Spa Ranau

Cattle farm Kundasang

Cattle Farm

Hotel Megallan Kota Kinabalu

Di Sabah- gunung ada, pulau ada.. Pilih je mana satu yang anda suka...

Hubungi Inqaz travel & Tour