Tuesday, September 13, 2016

Eidul Adha 2016

Assalamualaikum wr wb

Semoga Allah merahmati anda semua

Seusai solat sunnat Eidul Adha, balik ke rumah menjamah makanan yang telah kami siapkan lebih awal.. Sambil makan mula terasa sebak mengimbau cerita lama kenangan lama saat menyambut raya bersama ayah dan ibu.. Air mata menitis sedih dan berdoa kehadirat Allah semoga Allah menempatkan mereka dalam golongan yang beriman. Al Fatihah..

Apa yang menariknya tahun ini sy bersungguh meminta anak-anak mencari daun pisang di kedai berdekatan kerana saya teringin untuk memasak sendiri ketupat nasi daun pisang. Di kalangan keluarga  di kenali sebagai Burasak..
Walaupun pertama kali sy membuat ketupat ini tapi sy yakin hasilnya pasti menepati citarasa saya.. Hehee

Alhamdulillah sy gembira hasilnya begitu memuaskan hati.. Dapatlah kami makan burasak dengan ayam rendang yang telah menjadi tradisi turun menurun. 





Selain rendang, menjadi satu kemestian untuk menyediakan juadah sambal kentang goreng dan daging masak kicap .. Alhamdulillah semoga Engkau menerima amal kami ya Allah


Alhamdulillah cantik percaturan dan perancangan Allah. Mengizinkan  kami melaksanakan korban bersama saudara seislam di negara lain. Pilihan kami kali ini di Kampung Chao Doc Vietnam.

Perjalanan bermula daripada Airport Ho Chi Minh menaiki kereta selama 6 jam untuk sampai ke Chao Doc.. Alhamdulillah Allah beri kesihatan yang baik  untuk sampai ke sini. Ditemani suami dan anak memberikan satu keluatan Alhamdulillah...

Kejap sambung ya


No comments:

Post a Comment