Thursday, November 15, 2012

Hebatnya pesanan Imam Hassan Al Bannah




Pesanan ini sangat indah sekiranya kita memahami disebalik kata-kata yang pendek ini merangkumi hikmah dan ganjaran yang sangat besar daripada Allah swt.

Bila terbaca kata-kata imam Hassan Al Bannah ni baru saya terfikir kebenarannya..
Fenomena membaling batu ke arah pokok ni biasa berlaku kat kampung dulu kala..cara paling mudah nak petik buah adalah dengan cara membaling batu ke arah buah tersebut. Dengan harapan buah yang dah ranum kat pokok akan jatuh berguguran...

Betul kata Imam Hassan Al Bannah.. Jadilah seperti pokok walaupun dibaling batu tetap membalasnya dengan buah yang ranum..masya Allah

Islam sangat jelas menegah menyakiti saudara seislam sebagaimana yang tercatat dalam surah Al Ahzab ayat 58 : "Dan orang yang menyakiti lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman tanpa sesuatu kesalahan yang tidak mereka perbuat, sesungguhnya mereka memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang nyata"

Dalam Hadis rasulullah saw :
Daripada Abdullah bin Amru bin Al As - Rasulullah menerangkan "sesiapa yang hendak selamat daripada api neraka dan masuk syurga, dia hendaklah mati dalam keadaan betul- betul yakin kepada Allah dan hari akhirat, serta berurusan secara baik dengan orang lain seperti yang dia harapkan orang lain berurusan secara baik dengannya". (Muslim)

Semoga Allah memberikan kesabaran kepada kita saat diuji dengan umpatan, cacian, dan kata- kata kesat. Kita kembalikan kepada Allah yang maha esa

Wallahua'lam







No comments:

Post a Comment