Monday, August 26, 2013

Perkahwinan

Assalam..

Persepsi bagi mereka yang belum bernikah

.. Mesti beranggapan ' indahnya satu perkahwinan'

Sebelum bernikah melihat orang lain duduk di atas pelamin, pasti terdetik di hati 'seronoknya bila ada yang membelai dan menyayangi'

Bila melihat mempelai makan bersuapan - pasti terfikir 'romantiknya' dan dalam hati mungkin berkeinginan untuk mendapatkan pasangan secepatnya...

Tup Tup... berjumpalah dengan pasangan yang ditakdirkan menjadi suami..tanggungjawab semakin berat. Kalau semasa 'single' mengurus diri sendiri tapi kini harus juga memikirkan orang lain. Bagi wanita..seawal pagi bersiap sedia menyediakan sarapan pagi walaupun hanya secawan kopi dan roti bakar. Di pihak suami sudah tentu ingin memastikan isteri sentiasa gembira ..meringankan bebanan dengan membantu membuat kerja-kerja rumah.

Pun begitu, ia tertakluk kepada budaya . Ada budaya yang beranggapan kalau suami masuk dapur itu bererti 'queen control'. Pemikiran ini harus dibuang jauh. Manusia sebegini tidak mengkaji kehebatan rasulullah saw sebagai suami. Pernah diceritakan rasulullah saw membantu isterinya membuat roti dan menjahit sendiri bajunya yang koyak. Hebatnya Rasulullah. Engkaulah ya Rasulullah contoh terbaik. Bukan sahaja hebat sebagai ketua dalam rumahtangga tetapi hebat sebagai pemimpin di luar rumah. Teringat pesanan seorang ustaz 'lelaki yang baik itu adalah lelaki yang baik terhadap isterinya' ..
Oleh itu wahai kaum lelaki jagalah isteri dan keluargamu dengan sebaiknya dan berlemah lembutlah...kerana hati wanita itu rapuh..mudah tersentuh. Kasihanilah mereka dan janganlah mereka dianiaya. Wanita perlukan kasih sayang melebihi daripada harta dan kemewahan kerana kasih sayang dan belaian tidak dapat dibeli dengan wang ringgit..


Kadang ada yang bertanya bagaimana untuk memilih pasangan...
Beruntunglah lelaki dan wanita yang berpegang kepada pesanan Rasulullah saw.

1. Melihat dari segi rupa parasnya
2. Melihat dari sudut keturunannya
3. Melihat dari sudut hartanya
4. Menilai dari sudut agamanya

Dan Rasulullah jelas mengingatkan kita untuk memilih pasangan yang punya pegangan agama. Pun begitu, kalau ditakdirkan Allah bertemu dengan pasangan yang mempunyai semua kriteria yang dinyatakan oleh rasulullah saw, sudah tentu itu merupakan double/triple bonus... Alhamdulillah syukur kepada Allah..

Yang pasti lelaki yang baik untuk wanita yang baik.. Yakinlah bila hati kita dekat dengan Allah swt maka Allah pasti mempertemukan hati kita dengan pasangan yang sama..

Perkahwinan tidaklah semudah yang disangka. Memerlukan toleransi yang tinggi, kesabaran dan kejujuran yang tidak berbelah bagi..
Di peringkat awal bila hanya berdua masih di tahap honeymoon.. Semua indah.. Teringat lagu yang agak lucu..lagu drp tanah seberang - ' tahi gigi terasa coklat' - mungkin yang dah berkahwin boleh menilai sendiri..

Bila telah mempunyai tanggungjawab yang besar - bila mana harus menimbang antara kerjaya dan anak-anak berkemungkinan keprihatinan terhadap pasangan juga semakin kurang.. Lelaki mudah lupa untuk melihat bebanan seorang isteri yang bekerja. Mereka sibuk di luar rumah dan bila berada di rumah memerlukan tenaga lagi untuk memasak dan menguruskan anak-anak.
Bagi suami yang mencari kelemahan isteri akan menggunakan 'tactic' ini untuk menyatakan kepada dunia luar mereka tidak mendapat layanan sebaiknya di rumah tanpa menyadari bahawa kesibukan si isteri itu adalah untuk memastikan rumahtangga dan anak-anak hidup terurus.

Lantas, kes sebegini merupakan titik tolak kepada permasalahan dalam rumahtangga. Mulalah beranggapan tidak ada keserasian, tidak memahami dan sebagainya.. Apa jadi dah dengan segala yang manis mengalahkan kemanisan gula di awak perkahwinan. Kini bermulalah episode segala yang manis pun terasa pahit.. ( bagi yang dah berkahwin didoakan kebahagiaan kekal abadi)

Kalau dah di tahap kritikal cuba teknik mencari titik persamaan melalui komunikasi tanpa ganguan anak-anak. Pasangan juga memerlukan 'quality time' bersama. Ingin memadu kasih seperti di awal perkahwinan. Luangkan masa untuk memahami pasangan masing-masing. Luahkan isi hati yang terbuku. Pasangan cuba menjadi oendengar yang baik. 'listen with the intention to understand'. Saya yakin suami yang menyayangi Ibunya sudah pasti tidak akan menganiaya isterinya juga kerana semua tahu isteri itu datang daripada kaum yang satu - Kaum HAWA..

Saya suka kata-kata ini :-

Love is not a passport to do whatever you want. Share your affection, attention and appreciation wisely"

Semakin lama perkahwinan tunjukkan lebih kasih sayang, lebihkan perhatian sentiasa ucapkan penghargaan...

Perkahwinan adalah seperti sebatang pokok yang ditanam. Perlukan air dan baja untuk hidup subur. Siramlah perkahwinan itu dengan kasih sayang, perhatian dan belaian agar perkahwinan itu akan terus bahagia 'till' Jannah.

Hargailah satu perkahwinan itu kerana masa itu semakin singkat... Setiap saat adalah pinjaman Allah swt. Justeru hargailah pasangan anda sebelum Allah menjemput kita kembali ...

Barakallahufikum





Photo : Venice 2011















Hebatkah anda?

Alhamdulillah.. Syukur kehadirat Allah kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup..semoga masa yang singkat kita manfaatkan semaksima mungkin dgn perkara yang bermanfaat buat manusia sejagat..

Meniti kehidupan ini,saya ingin membawa teman-teman memerhati sikap segelintir manusia yang dianugerahkan sedikit kelebihan berbanding dengan orang lain. Mungkin kelebihan harta, pangkat, atau paras rupa.. Segelintir lupa bahawa kelebihan itu bersikap sementara dan lupa anugerah itu adalah hak Sang Pencipta..

Saya akui segelintir beranggapan bahawa kemewahan yg dikecapi adalah kerana usaha gigih mereka sendiri.. Manusia yg sebegini lupa kisah silam yang diceritakan dalam Al Quran.. Kisah Qarun jelas membuktikan kesombongan dan keangkuhannya menyebabkan bala Allah turun membinasakan beliau..

Ayat-ayat Quran:

"Dan (juga) Qarun, Fir'aun dan Haman. Dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Musa dengan (membawa bukti-bukti) keterangan-keterangan yang nyata. Akan tetapi, mereka berlaku sombong di (muka) bumi, dan tiadalah mereka orang-orang yang luput (dari kehancuran itu).

Maka masing-masing (mereka itu) Kami siksa disebabkan dosanya, maka diantara mereka ada yang Kami timpakan kepadanya hujan batu, kerikil dan diantara mereka ada yang ditimpa suara keras yang mengguntur, dan diantara mereka ada yang Kami benamkan ke dalam bumi, dan diantara mereka ada yang Kami tenggelamkan, dan Allah sekali-kali tidak hendak menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (al-Ankabut: 39-40)

Penyebutan dalam surah al-Mu'min (Ghafir) pada kisah pengutusan Musa a.s. kepada tiga orang thagut yang mendustakannya. "Dan sesungguhnya telah Kami utus Musa dengan membawa ayat-ayat Kami dan keterangan yang nyata, kepada Fir'aun, Haman, dan Qarun, maka mereka berkata, Ia (Musa) adalah seorang ahli sihir yang pendusta." (al-Mu'min: 23-24)

Itu mungkin kesombongan daripada sudut harta. Bagaimana pula dengan kecantikan? Saya juga seorang wanita. Lumrah wanita yang telah ditetapkan mempunyai nafsu sembilan dan akal hanya satu.. sudah pasti punya terlalu banyak keinginan...tidak dinafikan semua ingin kelihatan cantik tp sayang sekali ada yang terlalu taasub dengan kejelitaan, kecantikan, paras rupa yang mulus., badan yang ramping dsb..

Bila Allah memberikan wajah lebih cantik drp orang lain, badan lebih slim ..mulalah sesi kutuk mengutuk timbul bila duduk berkumpul .. Lebih menyedihkan bila ada cemuhan yang diajukan dengan kata-kata yang tidak sedap didengar seperti- " dia tu macam ibu-ibu..makcik-makcik.. Tak pandai urus diri bla bla bla..." Orang yang sebegini lupa dan tidak takut sekiranya ujian menimpa mereka. Sesungguhnya kecantikan dsb boleh disentap / ditarik balik Allah dalam sekelip mata.. Justeru, kalau merasa anda lebih cantik dan bergaya tidak perlulah untuk mengutuk orang lain.. Mungkin di sisi Allah orang yg dicemuh itu lebih baik...

Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa paras atau harta hamba-hambaNya.. Tetapi sebaik-baik manusia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa...


Photo- Sutera Harbour Resort Kota Kinabalu Sabah