Saturday, June 30, 2012

Laut Mati - Jordan

Laut Mati terletak kira-kira 50 km dari Amman- ibu negara Jordan. Laut Mati bersempadan dengan Palestin yang kini diduduki oleh Yahudi Laknatullah 'Alaih. Berada -397 meter di bawah paras laut dan merupakan kawasan terendah di dunia.

Kesan Laut Mati ini membuktikan kebenaran dari ayat Al-Quran mengenai bala yang telah menimpa kaum Nabi Luth a.s di atas maksiat yang mereka lakukan kira-kira 3900 tahun yang lampau.

Nabi Luth a.s adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. Bapa baginda Hasan bin Tareh adalah saudara kandung Nabi Ibrahim a.s. Baginda mengikuti Nabi Ibrahim berhijrah dari Babylon (Iraq) ke Palestin yang dikenali dengan wilayah Kana'an pada ketika itu.

Seterusnya mereka ke Mesir dan berpisah di situ. Nabi Luth a.s berhijrah ke satu kawasan bernama Sodom dan Jemoroh yang kini merupakan kawasan bernama Jazirah Lisan terletak di selatan Laut Mati.

Menurut riwayat Imam Abbusyakh dari Said bin Abi Arubah kaum Nabi Luth a.s berjumlah 4 juta orang. Kaum Nabi Luth a.s dibinasakan oleh Allah S.W.T disebabkan melakukan perbuatan terkutuk iaitu Homoseks yang belum pernah dilakukan oleh kaum terdahulu.

Ini diterangkan di dalam Al-Quran ayat 80-81 Surah Al-A'araf :

80. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:
"Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun
dari penduduk alam ini sebelum kamu?
81. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".
Perbuatan keji yang dimaksudkan di dalam ayat 80 ialah Homoseks.

Dakwah dan amaran keras Nabi Luth a.s tidak dipedulikan oleh kaum Sodom dan Jemoroh malah mereka bertindak untuk mengusir Nabi Luth a.s dari wilayah tersebut dan menuduh Luth a.s hanya berpura-pura menunjukkan kebaikkan.

Setelah dakwah dan usaha baginda tidak berhasil, maka berdoalah Nabi Luth a.s supaya ditimpakan bencana terhadap kaumnya yang sudah melampaui batas.

Maka Allah mengutuskan malaikat untuk membalikkan bumi Sodom sekaligus menghancurkan seluruh kaumnya.

Firman Allah di dalam Surah Hud ayat 82 :

82. Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

Semoga menjadi ikhtibar kepada kita.
Begitulah kisah umat Nabi Luth a.s.
Cuaca sangat panas semasa melawat tempat ini. Saya tidak mampu duduk lama. Perasaan gerun melihat air sentiasa ada di dlm hati. Mengingat kembali bahawa laknat Allah itu boleh saja datang pada bila- bila masa.

Kejadian ini berlaku di zaman Nabi Luth. Terfikir, kejadian tsunami yang menimpa Pulau Aceh dan Jepun berlaku di era ini.. Semua itu
peringatan Allah tapi berapa ramai di antara kita yang mengambil ikhtibar?

Nabi Musa Dan 12 mata air

Dan mereka Kami bagi menjadi dua belas suku yang masing-masingnya berjumlah besar dan Kami wahyukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu!." Maka memancarlah dari padanya duabelas mata air. Sesungguhnya tiap-tiap suku mengetahui tempat minum masing-masing. Dan Kami naungkan awan di atas mereka dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa. (Kami berfirman): "Makanlah yang baik-baik dari apa yang telah Kami rezkikan kepadamu." Mereka tidak menganiaya Kami, tapi merekalah yang selalu menganiaya dirinya sendiri
(Al A’raf:160)

Pemandu pelancong menunjukkan kepada kami tempat di mana terdapat salah satu mata air nabi Musa . Kami berpeluang berehat di tempat ini lebih kurang 15 minit. Subhanallah airnya cukup jernih dan sejuk.

Al A’raf:160

Kisah kaum Tsamud - Petra Jordan

Allah swt berfirman:

Dan (Kami telah mengutus) kepada kaum Tsamud saudara mereka, Saleh. Ia berkata. “Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain-Nya. Sesungguhnya telah datang bukti yang nyata kepadamu dari Tuhanmu. Unta betina Allah ini menjadi tanda bagimu, maka biarkanlah dia makan di bumi Allah, dan janganlah kamu mengganggunya, dengan gangguan apa pun, (yang karenanya) kamu akan ditimpa siksaan yang pedih.. Dan ingatlah olehmu di waktu Tuhan menjadikan kamu pengganti-pengganti (yang berkuasa) sesudah kaum ‘Aad dan memberikan tempat bagimu di bumi. Kamu dirikan istana-istana di tanah-tanahnya yang datar dan kamu pahat gunung-gunungnya untuk dijadikan rumah; maka ingatlah nikmat-nikmat Allah dan janganlah kamu merajalela di muka bumi membuat kerusakan”.(QS. Al-A’raf-ayat 73-74)


26:141. Kaum Tsamud telah mendustakan rasul-rasul.

26:142. Ketika saudara mereka, Saleh, berkata kepada mereka: “Mengapa kamu tidak bertakwa?

26:143. Sesungguhnya aku adalah seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,

26:144. maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku.

26:145. Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam

.26:146. Adakah kamu akan dibiarkan tinggal di sini (di negeri kamu ini) dengan aman,

26:147. di dalam kebun-kebun serta mata air,

26:148. dan tanam-tanaman dan pohon-pohon korma yang mayangnya lembut.

26:149. Dan kamu pahat sebagian dari gunung-gunung untuk dijadikan rumah-rumah dengan rajin;

26:150. maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaku;

26:151. dan janganlah kamu menaati perintah orang-orang yang melewati batas,

26:152. yang membuat kerusakan di muka bumi dan tidak mengadakan perbaikan”

Bukti kehebatan kaum Tsamud dpt dilihat di sini. Bayangkan masa ketika itu - 2000 tahun lebih yang lalu, kaum ini telah mampu membina bangunan sehebat ini. Malangnya, kesombongan Dan keangkuhan utk tunduk sujud Allah swt meranapkan segala kehebatan mereka.

Peringatan kepada kita- bila diri dianggap hebat Jangan lupa kepada siapa yang patut mendapat segala pujian.. Jgnlah kita merasakan kehebatan itu adalah kerana kita. Sebenarnya tiada sesuatu yang dpat berlaku di dunia ini tanpa izinNya..

Berada di Petra nembuatkan hati dan diri terasa kerdil Dan takut dengan azab Allah swt. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih Dan penyayang tetapi Allah juga Maha keras siksaanNya..

Wallahualam

Friday, June 29, 2012

Beg Sandang

Bila saya menyuarakan cadangan untuk membeli beg untuk anak-anak inqaz menggantikan beg usang mereka, serta merta beberapa orang teman menyumbangkan Dana.

Sekali lagi harapan memberi setiap pelajar tetap Inqaz(tinggal di asrama) menerima sebuah beg terlaksana. Setiap pelajar tersenyum gembira mendapat beg baru. Beginilah indahnya anak-anak yang tidak berkemampuan sangat mensyukuri apa saja hadiah tanpa banyak songeh.

Alhamdulillah segala puji bagiMU ya Allah. Segala yang di harapkan tidak akan dapat terlaksana tanpa izinMu

Gambar kiriman Fadzley- Syukran

Fasa ke 2 - lantai marmar InQaz

Alhamdulillah , amanah yang dipikul telah selesai. Segala puji bagi Allah mempertemukan saya dengan Fadzil (pelajar Malaysia menuntut di Khartoum) Dan Ahmad . Mereka telah menjalankan tanggung jawab yang diamanahkan semasa ketiadaan saya dengan sebaiknya..

Sekembalinya dari menunaikan ibadat umrah, saya difahamkan fasa kedua pemasangan lantai marmar telah selesai. Masa beberapa jam sahaja transit di Khartoum sebelum berangkat meninggalkan bumi Sudan yang telah banyak memahat kenangan manis ini, tidak mengizinkan saya untuk melawat inqaz.

Alhamdulillah petang tadi saya menerima gambar-gambar yang dikirim oleh Fadzil. Syukran jazilan.

Gembira dan terharu berkat sumbangan dana teman-teman, projek ini berhasil memberikan keselesaan kepada anak-anak tahfiz Inqaz.

Semoga Amal Jariah ini diterima Allah swt.. Ameen

British Moslem Heritage Center Manchester

Salam semua

Sekiranya berpeluang berada di Manchester Jangan lupa melawat BMHCM. Hari ni berpeluang solat di Masjid ini . Sangat cantik dan bersih. Alhamdulillah - syukur padaMu Ya Allah dgn peluang ini..

Wednesday, June 27, 2012

Cinta

Setiap orang memahami erti cinta.. Bg mereka yang dilamun cinta sememangnya arif perasaan ketika itu.. Sudah pasti bila cinta telah wujud pasti ingin bertemu, pasti ingin mendengar suaranya... Bagaimana cinta kita kepada rasulullah saw. Menziarahi makam rasulullah salah satu cara menunjukkan rasa cinta dan kasih kita kepada rasulullah saw.. makam rasulullah terletak di Madinah.

Jom kita hayati seerah rasulullah saw betapa Rasulullah sangat cinta dan sayang kepada kita.

Suatu ketika berkumpullah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama sahabat-sahabatnya . Di sana hadir pula sahabat paling setia, Abu Bakar ash-Shiddiq. Kemudian terucap dari mulut baginda yang sangat mulia: “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku).”

Suasana di majlis itu hening sejenak. Semua yang hadir diam seolah sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi sayidina Abu Bakar, itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihinya melontarkan pengakuan demikian.

“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mulai memenuhi fikiran

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah.

“Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersabda,

“Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (Hadis Muslim)

Lihatlah betapa kasih dan cinta Rasul untuk umatnya. Walaupun Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah bertemu dengan kita namun cinta dan kasihnya kepada kita tidak pernah pudar.

Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaatkan doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat (syafaat).” (Hadits riwayat Muslim)

Justeru wahai teman-temanku, rasulullah itu berada di Kota Madinah. . Bersegeralah memohon kehadirat Allah swt agar dipermudahkan untuk melaksanakan haji besar atau haji kecil ( umrah).. Bila kita cinta kpd seseorang kita akan berusaha utk menziarahi orang yg disayangi. Bagaimana dengan cinta kita kepada rasulullah saw?

Tuesday, June 26, 2012

Baitullah

"Dan (ingatlah), ketika kami menjadi kan rumah(kaabah) tempat berkumpul Dan tempat yang aman bagi manusia. Dan jadikanlah maqam Ibrahim itu tempat solat. Dan telah Kami perintah kan kepada Ibrahim dan Ismail, " bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang tawaf, orang yang ikhtikaf, orang yang ruku' dan orang yang sujud!" - Al Baqarah ayat 125

Sunday, June 17, 2012

Rezeki

Rezeki itu rahsia Allah swt.

Terkejut melihat banyak makanan yang diterima hari ini.. Semoga Allah melimpahkan rahmat buat Ina Wahab yg telah bersusah payah menyediakan juadah makan tengahari .

Tidak lupa buat Shu dan Ida khamis yg telah menghantar pelbagai jenis makanan- pulut, loaf bread, sweet bun.
Nasi lemak.

Linda... Laksam sangat sedap! Terima kasih....

Barakallahufiq