Wednesday, June 27, 2012

Cinta

Setiap orang memahami erti cinta.. Bg mereka yang dilamun cinta sememangnya arif perasaan ketika itu.. Sudah pasti bila cinta telah wujud pasti ingin bertemu, pasti ingin mendengar suaranya... Bagaimana cinta kita kepada rasulullah saw. Menziarahi makam rasulullah salah satu cara menunjukkan rasa cinta dan kasih kita kepada rasulullah saw.. makam rasulullah terletak di Madinah.

Jom kita hayati seerah rasulullah saw betapa Rasulullah sangat cinta dan sayang kepada kita.

Suatu ketika berkumpullah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersama sahabat-sahabatnya . Di sana hadir pula sahabat paling setia, Abu Bakar ash-Shiddiq. Kemudian terucap dari mulut baginda yang sangat mulia: “Wahai Abu Bakar, aku begitu rindu hendak bertemu dengan ikhwanku (saudara-saudaraku).”

Suasana di majlis itu hening sejenak. Semua yang hadir diam seolah sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi sayidina Abu Bakar, itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihinya melontarkan pengakuan demikian.

“Apakah maksudmu berkata demikian, wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?”Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mulai memenuhi fikiran

“Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku.” Suara Rasulullah bernada rendah.

“Kami juga saudaramu, wahai Rasulullah,” kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian Baginda bersabda,

“Saudara-saudaraku adalah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku dan mereka mencintai aku melebihi anak dan orang tua mereka. Mereka itu adalah saudara-saudaraku dan mereka bersama denganku. Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku.” (Hadis Muslim)

Lihatlah betapa kasih dan cinta Rasul untuk umatnya. Walaupun Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah bertemu dengan kita namun cinta dan kasihnya kepada kita tidak pernah pudar.

Abu Hurairah ra meriwayatkan, bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaatkan doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat (syafaat).” (Hadits riwayat Muslim)

Justeru wahai teman-temanku, rasulullah itu berada di Kota Madinah. . Bersegeralah memohon kehadirat Allah swt agar dipermudahkan untuk melaksanakan haji besar atau haji kecil ( umrah).. Bila kita cinta kpd seseorang kita akan berusaha utk menziarahi orang yg disayangi. Bagaimana dengan cinta kita kepada rasulullah saw?

No comments:

Post a Comment