Saturday, June 30, 2012

Laut Mati - Jordan

Laut Mati terletak kira-kira 50 km dari Amman- ibu negara Jordan. Laut Mati bersempadan dengan Palestin yang kini diduduki oleh Yahudi Laknatullah 'Alaih. Berada -397 meter di bawah paras laut dan merupakan kawasan terendah di dunia.

Kesan Laut Mati ini membuktikan kebenaran dari ayat Al-Quran mengenai bala yang telah menimpa kaum Nabi Luth a.s di atas maksiat yang mereka lakukan kira-kira 3900 tahun yang lampau.

Nabi Luth a.s adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s. Bapa baginda Hasan bin Tareh adalah saudara kandung Nabi Ibrahim a.s. Baginda mengikuti Nabi Ibrahim berhijrah dari Babylon (Iraq) ke Palestin yang dikenali dengan wilayah Kana'an pada ketika itu.

Seterusnya mereka ke Mesir dan berpisah di situ. Nabi Luth a.s berhijrah ke satu kawasan bernama Sodom dan Jemoroh yang kini merupakan kawasan bernama Jazirah Lisan terletak di selatan Laut Mati.

Menurut riwayat Imam Abbusyakh dari Said bin Abi Arubah kaum Nabi Luth a.s berjumlah 4 juta orang. Kaum Nabi Luth a.s dibinasakan oleh Allah S.W.T disebabkan melakukan perbuatan terkutuk iaitu Homoseks yang belum pernah dilakukan oleh kaum terdahulu.

Ini diterangkan di dalam Al-Quran ayat 80-81 Surah Al-A'araf :

80. Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan). ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya:
"Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun
dari penduduk alam ini sebelum kamu?
81. "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu Dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas".
Perbuatan keji yang dimaksudkan di dalam ayat 80 ialah Homoseks.

Dakwah dan amaran keras Nabi Luth a.s tidak dipedulikan oleh kaum Sodom dan Jemoroh malah mereka bertindak untuk mengusir Nabi Luth a.s dari wilayah tersebut dan menuduh Luth a.s hanya berpura-pura menunjukkan kebaikkan.

Setelah dakwah dan usaha baginda tidak berhasil, maka berdoalah Nabi Luth a.s supaya ditimpakan bencana terhadap kaumnya yang sudah melampaui batas.

Maka Allah mengutuskan malaikat untuk membalikkan bumi Sodom sekaligus menghancurkan seluruh kaumnya.

Firman Allah di dalam Surah Hud ayat 82 :

82. Maka apabila datang (Masa perlaksanaan) perintah kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus Segala Yang ada di muka buminya) dan Kami menghujaninya Dengan batu-batu dari tanah Yang dibakar, menimpanya bertalu-talu.

Semoga menjadi ikhtibar kepada kita.
Begitulah kisah umat Nabi Luth a.s.
Cuaca sangat panas semasa melawat tempat ini. Saya tidak mampu duduk lama. Perasaan gerun melihat air sentiasa ada di dlm hati. Mengingat kembali bahawa laknat Allah itu boleh saja datang pada bila- bila masa.

Kejadian ini berlaku di zaman Nabi Luth. Terfikir, kejadian tsunami yang menimpa Pulau Aceh dan Jepun berlaku di era ini.. Semua itu
peringatan Allah tapi berapa ramai di antara kita yang mengambil ikhtibar?

No comments:

Post a Comment