Saturday, June 16, 2012

Amanah

Alhamdulillah berkat bantuan kewangan daripada teman-teman yang memberi kepercayaan kpd saya Alhamdulillah anak-anak Inqaz kini dapat duduk dengan selesa. Mudahan sedekah jariah ini diterima Allah swt. Ameen ya rabb.

Terima kasih yg tidak terhingga kpd para penderma yg budiman dan tidak lupa buat dua insan yg bertungkus lumus mencari , membeli dan memantau projek ini. Buat Fadzley Dan Ahmad, mudahan Allah memberkati kehidupan anda berdua dunia dan akhirat. Tidak lupa buat semua teman yang sentiasa berada bersama saya memberikan semangat dan sokongan moral. Semoga ukhuwwah ini akan terjalin hingga ke syurga. Ameen.


Terima kasih buat Fadzley yg telah mengambil gambar semasa ketiadaan akk di Khartoum tempohari drp hari pertama projek ini bermula. InsyaAllah di kesemptan yg lain akak akan menulis tentang perkembangan projek ini dari awal hingga ke akhirnya berdasarkan gambar yang akk terima.

Mohon maaf kpd semua, gambar yg akk ambil sendiri kurang jelas..
Gambar -gambar ini diambil semalam 15/6/2012 - rutin lawatan pd hari Jumaat..

Jazakallahkhair







No comments:

Post a Comment