Saturday, June 16, 2012

Jumaat terakhir di Inqaz

Pertemuan dan perpisahan lumrah kehidupan. Bermulanya sesuatu pasti ada noktahnya. Sebagai Hamba Allah kita tidak punya pilihan. KetentuanNya mestilah kita terima dengan redha.

Madrasah inqaz adalah Mahad Tahfiz yg sangat daif pernah akk temui. Sebak rasa pertama kali akak menjejakkan kaki ke sini pada tahun 2009. Di perkenalkan melalui kelab wanita di mana suami yg dikasihi ditugaskan. Benar kata-kata Seorang teman- tempat yang sgt sesuai utk melakukan kerja-kerja kebajikan

Madrasah ini dibina utk mewujudkan para tahfiz yang sabar dan cekal menghadapi kesusahan. Hanya berlantaikan pasir dan serba kedaifan tidak menghalang mereka utk terus menuntut ilmu .. Melihat kehidupan mereka memberikan satu keinsafan bahawa kesungguhan itu sangat penting dlm melaksanakan sesuatu. Yang pasti dengan adanya kesungguhan Allah akan membuka jalan mencapai apa yang ingin di kecapi.

Begitulah kehidupan anak-anak di Inqaz. Walaupun kehidupan mereka sgt daif mereka tetap tega menghadapi kepayahan demi mendalami Ilmu Al Quran. MasyaAllah!!

Akak mendoakan rahmat dan perlindungan Allah buat para Ustaz yg mengajar di sekolah ini tanpa mengharap sebarang balasan. Duit gaji mengajar hanya berharap kpd redha Allah Dan belas ikhsan Manusia..subhanallah..

Semoga Allah memberi peluang lagi kepada akk utk hadir di sini lagi-
InsyaAllah masa menentukan..dengan izinNya..

Ameen ya rabb







No comments:

Post a Comment