Assalamualaikum wr wb
Rindu pada blog Ni.. Rindu untuk 'sharing' apa saja yang saya fikir Baik untuk kita.. Lama dah nak menulis tapi kesilapan diri tidak menggunakan masa dengan sebaiknya.
Baik.. Hari ni saya nak kongsi sebuah buku yang telah di beritahu oleh Syeikh Nizam, guru saya. Tajuk Buku Al Azkar oleh Imam Annawawi
Pengarang : Al-Imam Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syaraf An-Nawawi
Pentahqiq : Muhammad Abdul Qadir Syahin
Penterjemah : Panel Penterjemah
Disemak Oleh: Dr.Mohd. Puzhi Usop
Muka Surat: 699/br>
" Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku."
Al-Dzariyat:56
"Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan Wgat (pula) kepadarnu."
al-Baqarah:152
Hasil karva Imam Nawawi ini diolah secara ringkas dan mudah. Fokus utamanya adalah untuk memberi pengetahuan tentang amalan-amalan, zikir dan juga bila masa untuk mengamalkannya. Rujukan ini memudahkan lagi kita dalam memahami serta beramal dengan zikir-zikir yang sentiasa diamalkan oleh Rasulullah dan para sahabatnya. Kajian dan usaha yang disumbangkan oleh Imam Nawawi ini amat bermakna untuk seluruh umat Islam hari ini dan akan datang dalam menjalankan ibadah seharian. Ilmu yang dinukilkan oleh Imam Nawawi ini mampu menjadi panduan bagi kita.
"...sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya. Dan dengan demikian aku dipertintahkan , dan aku termasuk di kalangan orang muslim (berserah diri)."
(Sumber Cik Google)