Wednesday, April 9, 2014

Segerakan!

Assalamualaikum

Dalam melaksanakan kebaikan harus lah kita segerakan . Usah di tangguh kerana kematian akan datang pada bila- bila masa saja..
MashaaAllah saya melihat keajaiban dalam melakukan kebaikan-kebaikan yang akan memberi manfaat kepada orang lain..

Petang tadi saya menerima berita melalui 'Watsapp' kembalinya seorang hamba Allah ke ramahtullah di Tanah suci Mekah... MashaaAllah beruntungnya beliau.

Sebenarnya saya tidak mengenali beliau. Justeru menjadi tanda tanya- sudah pasti Ada sesuatu yang istimewa tentang anak muda ini. Pemergian beliau tersebar luas dalam laman sosial..

Hamba Allah yang bertuah ini diberi nama 'Jeremy Little'

Apa kelebihannya:
Jeremy banyak melakukan kerja-kerja membantu merancang ceramah Mufti Menk - seorang ulama yang sangat dikagumi masa kini. Saya sendiri suka mendengar ceramah mufti Menk - 
MashaaAllah Jeremy adalah orang yang pernah di bertanggung jawabkan untuk mengurus  majlis ceramah mufti Menk di Malaysia...


Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar
Arwah seakan-Akan telah bersiap sedia...
Di awal tahun ini beliau menulis dlm twitter beliau:

Bersiap sedia menjadi hambaNya yang lebih baik di tahun 2014

Beliau dijemput Allah dan dikebumikan di Tanah yang suci.. Subehanallah

Doa Mufti Menk kepada sahabat yang banyak menyebarkan CD 
ceramah-ceramah beliau secara percuma... Manfaat kepada begitu ramai hamba-hamba Allah yang lain.

Ameen ya Robb

Justeru, Usah ditangguh bila kita berniat untuk melakukan kebaikan yang akan memberi manfaat kepada orang lain..


Barakallahufikum


Firman Allah yang bermaksud:

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)

Islam menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.”

No comments:

Post a Comment