Friday, May 15, 2015

Selamat Hari Guru



Assalamualaikum

16/5/2015 Selamat Hari Guru

Tarikh yang sangat istimewa bagi seorang guru.. Luahan kasih sayang drp anak didik.. Kenangan itu begitu indah..

Sebenarnya kita semua adalah seorang pendidik.. Cuma bezanya tempat itu berlaku.. Yakni ada pendidikan yang berjalan secara formal dan ada juga berjalan secara tidak formal.. 

Majoriti kita melalui adalah seorang guru. Betul tak? Masa seharian kita banyak melalui peoses pendidikan  secara tidak formal.. Bila mendidik anak-anak sendiri, bila kita mendengar dan menasihati kawan atau kawan menasihati kita .. Semua ini melalui proses pengajaran dan pembelajaran.. Pemberi dan penerima /output dan input berlaku serentak, maka berlakulah proses yang dikatakan pendidikan.. Justeru itu  kita boleh juga di kategorikan sebagai seorang 'guru'...

selamat Hari Guru buat semua

Saya tertarik dengan Watsapp yang saya terima pagi ini daripada Ustazah Kasma.
Pengisiannya sangat baik. MashaaAllah...

Assalamualaikum wrt wbt......
๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

GURU 5M..Sebagai Mudarris..Muallimm..Muaddibb..Murabbi..Mursyidd..selamat mnjdi guru yg trbaik sebagai  peyandang jwatan  5 M di  dunia yg mndorong ke syurga allahh di akhirat..in sya allahh


ُุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ
ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุตَู„ِّ َุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ُุญَู…َّุฏٍ 
ูˆَ ุนَู„َู‰ ุขِู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ُุญَู…َّุฏ

#5 M Untuk Bergelar Jutawan Akhirat#

Antara tajuk tazkirah yang tidak boleh saya lupakan ialah bagaimana menjadi guru seperti Rasulullah. Jika berjaya, seorang guru itu mungkin mampu bergelar jutawan di akhirat kelak.  Gelaran 'jutawan akhirat' itu benar-banar menarik perhatian saya.  Siapa tidak mahu bergelar jutawan?  Di dunia lagi gelaran ini sudah menjadi idaman apatah lagi bergelar jutawan di akhirat sana! Jika serius mahu ke syurga dengan tiket seorang guru, seriuslah juga membentuk diri menjadi guru seperti Rasulullah s.a.w. Kata Ustaz Shopuan Anuar semasa berkursus di Langkawi 2010, jika mahu menjadi guru seperti Rasulullah s.a.w, guru perlu ada dan faham tentang  personaliti 5M berikut:

Guru sebagai MUDARRIS
Mudarris bermaksud pengajar iaitu menyampaikan segala ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada anak didik. Guru perlu mengajar tanpa jemu dan bosan sebagaimana Rasulullah tabah berdakwah bertahun lamanya kepada penduduk Mekah.  Kesannya mungkin tidak serta merta tetapi percayalah jika air sentiasa menitis di batu pasti tampak lekuknya satu hari nanti!

Guru sebagai MUALLIM
Muallim bermaksud orang yang berilmu dan menyampaikan. Bererti guru perlu berilmu terlebih dahulu. Guru jangan menyampaikan sesuatu ilmu yang dia sendiri kurang pasti.  Bimbang yang diajar menjadi sesat.  Seharusnya guru bersungguh-sungguh mendalami sesuatu ilmu sebelum mengajarkannya kepada orang lain. Seperti Rasulullah s.a.w yang berguru terus dengan Allah sebelum menyampaikan dakwah kepada umatnya.

Guru sebagai MUADDIB
Muaddib bermaksud pendidik adab dan akhlak.  Guru bukan sekadar mengajar ilmu tetapi juga bertanggungjawab dalam menyemai sifat-sifat mahmudah ( sifat terpuji ) di kalangan anak didiknya.  Tidak kira apa mata pelajaran yang diajar, guru mesti menerapkan nilai-nilai murni seorang mukmin.  Jangan anggap  tugas mendidik akhlak dan rohani pelajar ini tanggungjawab guru-guru agama sahaja!

Guru sebagai MURABBI
Murabbi bermaksud penjaga dan pemelihara.  Bagaimana guru boleh menjaga dan memelihara?  Di sinilah uniknya sifat pekerjaan seorang guru.  Seperti Tuhan, Dia menciptakan hambanya kemudian adakah Dia membiarkan begitu sahaja?  Tidak sama sekali. Setiap hamba dipelihara perjalanan hidup dan rezekinya oleh  Allah.  Begitu juga guru.  Bukan sekadar mencipta pelajar-pelajar yang pandai dan cemerlang tetapi guru juga perlu memelihara kebajikan para anak didiknya.

Guru sebagai MURSYID
Mursyid bermaksud pembimbing jalan yang benar.  Guru harus membimbing manusia ke arah kebenaran.  Satu tugas warisan para nabi dan rasul. Membimbing jiwa-jiwa yang jauh terleka kembali berada di atas landasan yang diredhai Allah.  Hebatnya tugasan ini. Hanya bergelar  seorang guru sudah persis seorang pendakwah di alam maya ini! 

Kesimpulannya di sini, guru perlu mencorak peribadinya terlebih dahulu sebelum mencorak peribadi anak-anak pelajarnya.  Rasulullah s.a.w sendiri menjadikan dirinya ‘Qudwah Hasanah’ ( contoh terbaik ) dalam berdakwah kepada manusia.  Ini kerana sifat manusia cenderung menurut apa yang dilihatnya.  Janganlah sampai terkeluar lagi istilah guru “kencing berdiri, murid kencing berlari”. Kuasailah personaliti hebat 5M ini. InsyaAllah anak-anak pelajar yang dibentuk oleh kita pasti akan hebat mindanya, hebat jiwanya, hebat sahsiahnya dan yang paling penting dialah hamba Allah yang cemerlang di dunia dan akhirat sana. 
 
Jika seorang pelajar begini sudah memberi puluhan pahala kepada gurunya, bayangkan jika ada ribuan lagi pelajar yang sama.  Bererti tidak sedikit lagi pahala yang dikaut.  Maka sudah pasti teramat  layaklah  guru itu bergelar "jutawan akhirat"!

๐Ÿ’๐Ÿ’Selamat Hari Guru 16 Mei 2015๐Ÿ’


Semoga menjadi iktibar buat semua๐Ÿ’

No comments:

Post a Comment