------------------
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Nikmat ALLAH terlalu banyak - tidak terbalas
Saya baharu saja balik dari menunaikan umrah. Jutaan Manusia hadir dari segenap pelusuk dunia datang hanya untuk Menyahut seruan panggilanNya mengabdikan diri pada yang Esa.
Dalam satu Ceramah Mutawwif di Madinah amat terkesan di hati saya:
Bila sampai ke Tanah Haram maka NAFIKAN 3 perkara:
1. Kehadiran Kita kerana Kita berduit
2. Kehadiran Kita Kerana masa yang lapang
3. Kehadiran Kita Kerana Kesihatan yang baik
Tapi
Ketahuilah kehadiran Kita Adalah Kerana Kita mendapat jemputan ALLAH
Justeru
Sepanjang berada di Tanah Haram lakukanlah perkara yang menyenangkan ALLAH SWT... Sentiasa mencari redha ALLAH SWT
*************************
Sebak rasa bila memahami bahawa kehadiran Kita adalah jemputan daripada ALLAH Azzawajalla.. Empunya Alam Dan seluruh isinya...
Mengalir air mata.. Sujud syukur.. Allahuakhbar
Seorang lagi mutawwif dalam satu sesi ceramah pendek mengingatkan bahawa org-oràng yang telah mendapat jemputan ALLAH ke Kota Haramain telah dikenali ALLAH swt. Mana mungkin seseorang membenarkan tetamu yang tidak dikenali masuk ke dalam rumahnya. Allhuakhbar. Sekali lagi hati terasa sebak.
HambaMu yang Hina ini terpilih sedangkan amal kami terlalu sedikit.. Ya ALLAH berkati dan rahmati kedatangan kami Ya ALLAH.
Saudara2 yg dkasihi,
Nikmat ALLAH terlalu banyak. Sepanjang berada di Kota suci, ALLAH memberi terlalu banyak nikmat. Tidak dijangka.. Tidak diduga.
Sesampainya kami di Kota Mekah hujan rahmat menyambut kami...
D satu saat semasa bertawwaf kami di iringi dengan hujan lebat. Sangat lebat sehingga Baju yang kami pakai basah kuyup. Allahuakhbar.. Sedangkan saat ini Malaysia di serang Elnino...
Holy Quran 55:13
------------------
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
Sebak, teruja becampur aduk - hanya mampu mengucap syukur yang tidak terhingga dengan rahmatNya.
Gambar ikhsan
Norlita & Wanie - Jazakallahkhair
No comments:
Post a Comment