Wednesday, November 28, 2012

Niat

Salam semua
Alhamdulillah, kita masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan kita-

Terasa masa yang berlalu terlalu singkat. Dek kesibukan mengharungi rutin kerja seharian masa terasa cepat berlalu.. Syukur ada solat yang diwajibkan kpd kita agar kita tidak lalai dan hanyut dengan kehidupan duniawi.
Solat merupakan penghubung kita dengan Allah- tanda syukur kepadaNya kerana nikmat yang diberikan kepada kita tidak ternilai.

Islam itu sangat indah sekiranya perlakuan seharian kita juga diniatkan untuk mencari redha Allah, nencari rahmat Allah. Segala perlakuan masa dalam kesibukan yang dilalui akan termaktub dalam buku saham akhirat kita.. Jom kita perbetulkan niat kita -kenapa kita keluar mencari rezeki? Kenapa kita menuntut ilmu? Kenapa kita sibuk memasak utk keluarga kita ?
" innamal a'malu binniah" segala sesuatu itu tertakluk kpd niat-
Terserah kpd kita untuk menentukan arah tuju perlakuan kita-


Sebenarnya ketika jemari ini sibuk menjadi perantara luahan hati untuk dicernakan dalam blog ini, saya masih dalam perjalanan mengambil suami.
Kaki mula terasa lenguh memandu dlm 'traffic jam' - fenomena yang kerap berlaku di kota raya Malaysia , bila hujan lebat pergerakan kereta di jalan raya menjadi sangat perlahan. Terpandang sebuah teksi di sebelah - dapat membayangkan betapa lenguh kaki pemandu teksi demi mencari rezeki yang halal buat anak-anak..


*Gambar yang sempat saya ambil





Saturday, November 17, 2012

Siapa kita?

Menatap gambar ini membuatkan hati merasa sayu- perjuangan saudara-saudara kita- dalam kepayahan dan kesusahan , antara hidup dan mati - nyawa terancam setiap saat mereka tetap menunaikan solat yang telah diperintahkan Allah swt.

Terbukti hubungan kita dengan Allah- Pertalian kita dengan pencipta kita adalah hubungan HAMBA terhadap tuannya- Segala ibadah khusus - solat, puasa, zakat dan haji ini telah digariskan dan ditentukan oleh Allah- kita sebagai hambanya menurut perintah tanpa banyak soal-

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” [al-An’aam 6:162].

Marilah kita berdoa kehadirat Allah swt semoga saudara-saudara kita diberi kekuatan dalam menegakkan kalimahNya di muka bumi ini-


Photo :Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Thursday, November 15, 2012

Hebatnya pesanan Imam Hassan Al Bannah




Pesanan ini sangat indah sekiranya kita memahami disebalik kata-kata yang pendek ini merangkumi hikmah dan ganjaran yang sangat besar daripada Allah swt.

Bila terbaca kata-kata imam Hassan Al Bannah ni baru saya terfikir kebenarannya..
Fenomena membaling batu ke arah pokok ni biasa berlaku kat kampung dulu kala..cara paling mudah nak petik buah adalah dengan cara membaling batu ke arah buah tersebut. Dengan harapan buah yang dah ranum kat pokok akan jatuh berguguran...

Betul kata Imam Hassan Al Bannah.. Jadilah seperti pokok walaupun dibaling batu tetap membalasnya dengan buah yang ranum..masya Allah

Islam sangat jelas menegah menyakiti saudara seislam sebagaimana yang tercatat dalam surah Al Ahzab ayat 58 : "Dan orang yang menyakiti lelaki yang beriman dan perempuan yang beriman tanpa sesuatu kesalahan yang tidak mereka perbuat, sesungguhnya mereka memikul kesalahan menuduh secara dusta dan berbuat dosa yang nyata"

Dalam Hadis rasulullah saw :
Daripada Abdullah bin Amru bin Al As - Rasulullah menerangkan "sesiapa yang hendak selamat daripada api neraka dan masuk syurga, dia hendaklah mati dalam keadaan betul- betul yakin kepada Allah dan hari akhirat, serta berurusan secara baik dengan orang lain seperti yang dia harapkan orang lain berurusan secara baik dengannya". (Muslim)

Semoga Allah memberikan kesabaran kepada kita saat diuji dengan umpatan, cacian, dan kata- kata kesat. Kita kembalikan kepada Allah yang maha esa

Wallahua'lam







Wednesday, October 31, 2012

Kegagalan?

Salam sayang buat semua

'Gagal' teringat masa zaman persekolahan - saat menerima 'report card' - subjek tidak mencapai markah yang dibolehkan lulus - pasti tercatat perkataan 'Gagal'

Gagal atau Lulus tidak penting-
Yang perlu dititiberatkan bagaimana kita menerima kegagalan itu-

Bagi yang bersemangat waja kegagalan itu adalah titik permulaan kepada kejayaan!

Bagi yang mudah menyerah kalah - kegagalan itu adalah noktah terakhir !
Tiada daya juang dalam diri pasti menerima kegagalan itu sebagai kegagalan selamanya-
Sedih- frustrated- hampa - maka wujudlah sikap murung dalam kehidupan seharian...

Bagi saya- kegagalan itu adalah ujian Allah untuk melihat setakat mana pergantungan kita kepada Allah. Saya lebih suka bersikap optimis dan yakin kalau kita terus berusaha tanpa jemu kita pasti berjaya-
Walau bagaimana pun sekiranya kita telah berusaha sedaya upaya tetapi masih gagal juga - sy yakin pasti ada hikmah disebalik kegagalan yang mana Allah yang lebih mengetahui-
Kita harus akur-

Saat itu hati redha kerana kita telah berusaha sebaiknya !!

Wallahua'lam

Penilaian - di mata siapa?

Lihat gambar d bawah?

Apa benar kita tidak perlu kesah apa orang nak kata tentang kita?? Yang penting bagaimana kita menilai diri kita?
Tepuk dada tanya diri!

Fikir-fikirkanlah ;)

Thursday, September 13, 2012

+Ve Thinking

"One of the keys to creating great relationships sometimes
requires you to change the way you look at life. It requires
you to focus on what you like, love and admire about the
people in your lives instead of what you don't like."

Saya sangat bersetuju dengn kata- kata di atas. Dalam perhubungan kita dengan sesiapa pun baik hubungan suami isteri, adik beradik, jiran tetangga atau sesiapa saja sikap memberi fokus kepada sesuatu yang kita suka ada pada seseorang itu sangat penting untuk mewujudkan perhubungan yang lebih baik dan positif.

Sikap melihat sesuatu yang negatif itu akan menghasilkan rasa kebencian dan pada akhirnya mengikis perasaan sayang dan menggantikannya dengan sikap benci. Akhirnya akan memutuskan silaturrahim - kalau suami isteri mungkin akan berlaku pergaduhan dan kebencian. Syaitan tersenyum kerana telah berjaya melaksanakan tanggungjawab mereka utk membawa kpd permusuhan dan pergaduhan..

Sebagai kesimpulannya jelas sekali berfikiran positif perlu dipupuk dan dibelai kerana memandang sesuatu secara positif akan mengubah pandangan dan persepsi kita terhadap kehidupan kita di dunia yang sementara ini.

Salam jumaat semua semoga kita sentiasa diberi petunjuk Allah swt dalam mengharungi kehidupan serba mencabar ini.

Wallahualam

Saturday, August 11, 2012

Luahan rasa b'sama Dato Dr Fadzilah Kamsah

Salam

Terdengar rintihan seorang isteri yang hilang rasa seronok untuk menyambut raya tahun ini. Katanya dia berasal daripada Sarawak dan kini duduk di Perak kerana mengikut suami yang bertugas.. Suami tidak akan beraya bersama kerana tugas..( sy membuat andaian suaminya seorang perajurit).. Bila ditanya ada jiran tak? 'jiran senua balik kampong' - itulah jawaban yg diterima daripada ibu ini. Di tanya lagi, so tinggal dgn siapa?' - ' Duduk dgn 2 anak kecil'
Dan katanya adiknya baru saja meninggal-

Luahan hati yang sememangnya sedih.. Jawapan Dato Fadzilah,

Fikir positif
Perlu lihat sekelililing kita..bnyk lg manusia yg lebih susah dan lebih besar ujian yg diterima.ada rumah yang dibom semasa raya.

Nyatakan pada diri- ibu dan adik sihat, begitu juga dengan suami. Lihat sekeliling. Ramai yg kehilangan suami - Melihat kepada itu kita akan menjadi manusia yg lebih bnyk BERSYUKUR...

Semoga ibu muda ini lebih tenang setelah mendengar cara terbaik mengembalikan mood yang hilang-

Wallahua'lam