Saturday, November 29, 2014
Laman Grill By Chef Zubir
Wednesday, November 26, 2014
UPSR
Tergesa-gesa - introspeksi diri Anda
Pintu Syaitan Dalam Diri Manusia
Sunday, November 23, 2014
Wasiat Imam Syafie - Bahagian 1
1. Belajar dan Mengajarkan Ilmu: “Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia akan menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan akhirat, di samping ianya menjadi amalan para nabi, rasul dan orang-orang soleh.” –Imam Syafie-. Ilmu yang sebenar-benarnya adalah ilmu yang mendekatkan kita kepada Allah swt. Tidak kira ilmu akhirat seperti tauhid ataupun ilmu dunia seperti sains dan matematik kerana kedua-dua jenis ilmu ini mengajar kita akan kewujudan dan kekuasaan Allah swt yang tidak terbatas.
2. Memilih Makanan yang Halal “Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.” –Imam Syafie-. Dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi, nabi bersabda “Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya.”
3. Memperbanyakkan Lima Perkara "1. Perbanyakkan menyebut Allah swt daripada menyebut makhluk. 2. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. 3. Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. 4. Jangan menyebut-yebut kebaikan diri dan keluarga. 5. Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.” –Imam Syafie-. Nabi Muhammad pernah mengingatkan umatnya berkenaan menggunakan lima kesempatan sebelum tiba lima bencana iaitu muda sebelum tua, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati.
4. Sabar dengan Musibat, Syukur dengan Nikmat “Sabar menghadapi musibat adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Adapun bala dan musibat, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih saying Allah swt. Oleh itu, syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.” –Imam Syafie-. Musibat dan nikmat adalah cubaan daripada Allah swt supaya manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan Allah swt. Manusia mempunyai sifat yang berbeza terutama dalam menghadapi susah, musibat, bala, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.
5. Menziarahi Orang Sakit “Apabila salah seorang di antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, hendaklah ringankan langkah untuk menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah swt.” –Imam Syafie-. Barang siapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah swt, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkahmu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.
6. Hindari Perasaan Marah “Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.” –Imam Syafie-. Apabila marah diperturutkan, ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tersisa kecuali barah dan debu.
7. Mengasihani Anak Yatim “Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebagai anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak yatim di akhirat.” –Imam Syafie. Membiarkan anak yatim bererti kita mengkhianati agama dan menghina mereka. Ini bererti kita turut membenci Nabi Muhammad yang juga anak yatim piatu. Bimbinglah mereka ke jalan yang diredai Allah swt dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan.
8. Berbakti kepada Ibu Bapa “Berbuat baik dan tunjukkan baktimu kepada ibu bapamu tanpa mengenal letih dan lelah sebagaimana mereka telah berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ianya akan menambah keberkatan pada umurmu, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosamu.” –Imam Syafie-. Derhaka kepada ibu bapa termasuk dalam empat dosa-dosa besar. Keadaan ini jelas berdasarkan sabda nabi yang dinyatakan oleh Bukhari, “Sebesar-besar (daripada) dosa besar ialah menyekutukan Allah swt -membunuh manusia, derhaka kepada dua ibu bapa dan menjadi saksi palsu.”
9. Amal Soleh sebagai Perisai “Berbuatlah sebanyak-banyaknya amal soleh kerana ia merupakan pendinding dan perisai orang Mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.” –Imam Syafie-. Semua amalan itu bukan untuk Allah swt, tetapi untuk keuntungan pengamalnya sendiri. Allah swt tidak memerlukan kita dan amal soleh kita sedikit pun. Sebaliknya, kitalah yang memerlukannya.
10. Takwa Membuahkan Insan Berjaya dan Cemerlang “Takwa merupakan pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ianya ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ianya juga memberi kejayaan dan kemenangan.” –Imam Syafie-. Nabi Muhammad pernah bersabda dalam hadis yang dinyatakan oleh Tirmizi, “Bertakwalah kamu di mana saja berada, iringilah setiap perbuatan dosa dengan amalan kebaikan yang akan memadamkan dosa itu dan pergaulilah manusia dengan akhlak terpuji.”
11. Bentengi Iman dengan Lima Kekuatan “Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu, bagi menguatkan benteng iman, perlulah dibajai keimanan dengan 5 perkara iaitu yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah beramal, bertatasusila ataupun berdisiplin di dalam mengerjakan ibadah.” –Imam Syafie-. Iman itu selepas diusahakan mencari dan menyuburkannya, wajib pula mengawal dan membentenginya daripada serangan musuh-musuh yang akan merosakkan iman. Tanpa pagar ataupun benteng yang kukuh, pasti iman terancam oleh musuhnya iaitu nafsu dan syaitan.
12. Ilmu Menenangi Hati “Ingat dan zikir kepada Allah swt sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.” –Imam Syafie-. Ketenteraman hati dan ketenangan hidup adalah kuasa maha ajaib yang diperlukan dalam hidup manusia. Menjadi hukum serta prinsip alam, orang itu akan berasa aman dan tenang apabila mengetahui dan merasakan di sana ada ‘kuasa’ yang mampu mengatasi segala kebimbangan dan rasa terancam.
13. Khusyuk Zahir dan Batin “Kyusuk secara zahir adalah kyusuknya orang awam. Kyusuk secara batin adalah kyusuknya orang pilihan di sisi Allah
.” –Imam Syafie-. Kyusuk berlaku kerana hati ikut bermunajat, berzikir, sentiasa berdoa kepada Allah swt serta sentiasa ingat Allah swt melihat gerak-geri hambaNya.
14. Awas! Kubur Menunggu Kita “Kubur adalah sebuah perhentian sementara untuk membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-Haq yang tidak berbelah bagi.” –Imam Syafie-. Di dalam kubur, liang yang sangat sempit, tidak ada perbezaan antara pelayan dan majikan, kaya dan miskin. Semuanya sama. Nikmat kemewahan dan kelazatan dunia pasti berakhir dengan kematian.
15. Mematahkan Serangan Syaitan “Kita hendaklah sentiasa memohon perlindungan daripada Allah swt. Sekurang-kurangnya, dengan mengucapkan A’uzu billahi min al-syaithan il-rajim. Jika serangan syaitan dating juga bertalu-talu dengan hebat, kita mestilah bersabar dan menyedari Allah Taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah, perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.” –Imam Syafie-. Syaitan sentiasa berdendam dengan manusia. Setiap saat memerangi manusia dengan membisikkan hasutan, godaan dan tipu daya. Manusia yang mengerjakan ibadat kepada Allah swt adalah orang yang paling dimusuhi.
Thursday, November 20, 2014
Kehebatan SUJUD
Friday, November 7, 2014
Bertuahnya Anda
Encik Viral
Kisah Wanita Yang Pernah Memurtadkan 3000 Orang Ini Telah Dihalang Untuk Disebarkan. Mengapakah?!
"Artikel ini GAGAL untuk disiarkan di satu akhbar perdana Malaysia kerana dikatakan berisiko dan mempunyai nilai kontroversi tinggi. Namun, atas nama dakwah, aku share juga di sini sempena Awal Muharram.. Biarlah apa orang nak kata atau apa persepsi orang kerana aku siarkan sesuatu yang kena reject.. Hopefully kalian (terutama yang Islam) bacalah pengalaman dari kisah benar SRIKANDI NUR HIJRAH..
Rencana Maal Hijrah
Oleh Azrul Affandi Sobry
azr@bh.com.my
“Ketika itu saya anggap Nabi Muhammad itu menggunakan wanita untuk kepentingan semata-mata. Berkahwin ramai juga adalah satu sikap yang menyerlahkan tanggapan buruk itu. Malah, itulah yang dijadikan antara hujah saya untuk menanam kebencian orang Islam terhadap baginda.”
Itulah cerita silam Norhini Muslim Abdullah @ Kuntrak, 34, yang pernah memurtadkan lebih 3,000 orang sepanjang terbabit sebagai penyampai khutbah Kristian sejak dilantik menjadi ketua gereja di Likas sebelum melebarkan ‘dakwahnya’ di Pasir Gudang, Johor.
Seawal usia 12 tahun, dia yang menggunakan nama Helen ketika itu sudah diangkat menjadi ketua gereja atas kemahirannya yang hebat dalam berhujah dengan menggunakan pendekatan kasih sayang untuk memurtadkan orang Islam.
Kehebatannya terserlah kerana pada usia semuda itu, dia sudah mengepalai 7,000 penganut Kristian di bawahnya. Malah, ketika menyambung pengajian di Pasir Gudang, kekuatan hujahnya bukan saja berjaya memurtadkan orang Islam yang bermasalah tetapi turut mampu memesongkan akidah orang yang kuat pegangan agamanya selama ini.
Menghafal keseluruhan Injil, kelebihannya tentunya dalam butir bicaranya yang mampu membuatkan sesiapa saja terpaku. Malah, sepanjang sesi temubual bersama wartawan BH, ia kedengaran begitu indah meskipun ketika menghuraikan mengenai fahamannya dalam Kristian, apatah lagi mengenai Islam.
Norhini juga seorang yang amat tegas dengan pegangan agamanya. Dia tidak pernah mengizinkan hujah mengenai Islam mempengaruhi mindanya, malah dia pula yang akan mampu mematahkan hujah mereka.
“Tuhan itu sayang pada semua orang dan memberikan kelebihan kepada sesiapa saja. Syurga dan neraka ada satu dan terpulanglah yang mana satu kita pilih. Jadi, kita masing-masing ada kehidupan sendiri. Apa yang anda faham mengenai kasih sayang?
“Jika orang itu lambat untuk huraikan mengenai kasih sayang, hujah saya akan mendiamkannya. Itulah kelebihan saya ketika itu yang berpegang kepada konsep kasih sayang. Itulah yang menggagalkan penyebaran Islam dalam kalangan orang Kristian. Kami dilatih memahami agama.
“Dengan pendekatan itulah saya berjaya memurtadkan 3,000 orang dalam masa setengah bulan saja di Johor Bharu. Caranya ialah dengan mendekati mereka yang bersendirian dan bertanya dengan penuh lembut. Buat mereka rasa kasih sayang yang kita mahu curahkan. Sentuh mereka.
“Orang yang sedang dalam masalah, apabila didekati dengan kasih sayang dan kejujuran, ia mampu buatkan mereka lemah. Sekeras manapun hati seseorang akan menjadi lembut dengan kasih sayang. Sentuhan dan pelukan kita mampu bukakan hati mereka dan inilah yang membuatkan mereka terima Kristian. Itu yang saya buat dulu,” katanya.
Apa yang dilihat memudahkan dia mempengaruhi ramai orang Islam kerana kebanyakannya hanya menjadi pengikut bukan pengamal Islam. Kelompok begini akan mudah dipengaruhi dengan konsep yang dibawa oleh Kristian.
Ketika ditanya mengenai Nabi Muhammad, Norhini berkata, orang Kristian memang meletakkan Rasulullah sebagai individu yang mempergunakan wanita. Kebenciannya terhadap manusia teragung itu amat menebal.
Namun, apabila dia bekerja sambil belajar di Pasir Gudang dan tinggal bersama seorang wanita Islam yang sekadar mahu dikenali sebagai Kak Ina, persepsinya mengenai Islam sedikit sebanyak berubah.
“Pelik...selama ini saya mampu murtadkan ribuan orang tetapi tidak pula dengan rakan sebilik saya sendiri. Apa yang saya sedar, Kak Ina begitu menghormati orang lain. Atas meja kami, di ruangnya ada al-Quran dan di ruang saya ada Injil. Selalu juga jika Injil saya berselerak, Kak Ina kemaskan.
“Selalu dia yang ingatkan saya mengenai jadual gereja saya. Pernah saya tanyakan kepadanya, kenapa, meskipun Kak Ina tidak secantik mana, tetapi jika memakai telekung, wajah Kak Ina nampak sangat bersih dan indah. Ia memukau dan mempesona,” katanya.
Hidayah itu milik Allah SWT. Satu hari, Norhini bermimpi melihat bagaimana seksanya nyawa ditarik dan dia sendiri mampu membaca surah Al-Fatihah. Dia melihat kalimah tauhid syahadah di atas gunung yang tinggi.
“Kedengaran suara orang meminta tolong dengan sangat kuat. Saya mencari-cari di sana sini dan apabila tiba di satu gunung, saya bertemu seorang tua. Saya bertanya, suara siapakah itu. Jawabnya, itulah suara saya jika saya kekal dengan agama sekarang dan tidak menukar akidah.
“Lama saya termenung dengan keadaannya. Hidup saya sejak itu diselubungi tanda tanya. Ketika berjalan di KOMTAR, Johor, saya membeli buku mengenai Nabi Muhammad SAW dan ada satu bahagian dalam buku itu yang benar-benar mengubah hati saya.
“Membaca bahagian itu, seperti saya sedang menonton satu skrin besar di depan, membayangkan keadaan ketika itu. Kisah di mana Rasulullah SAW melihat satu benda hitam yang sangat besar di depannya dan apabila ia dekat, baru Baginda tahu itu adalah umatnya.
“Melihat umatnya dalam keadaan begitu, menangis Rasulullah SAW dengan penuh hiba sambil mengibarkan tangannya menyebut: ‘Umatku, umatku, umatku’. Saya menangis membaca bahagian itu membayangkan betapa sayang, rindu, kecintaan dan semuanya yang ada pada Rasulullah SAW.
“Ketika itu saya peluk buku itu dengan erat dan saya tidak tahu apa yang saya sedang rasa. Saya jadi begitu cintakan Nabi Muhammad SAW dan mahu lebih mengenali Baginda. Rasa kekesalan menyelubungi dan betapa kerdilnya diri ini dirasakan,” ceritanya terhenti-henti kerana menahan sebak dan tangisan yang semakin pantas menderu.
Atas sebab itulah dia nekad memeluk Islam. Keputusannya nyata mengejutkan ramai orang terutama rakan-rakannya yang tahu siapa dia selama ini.
Nyata, ujian untuk menjadikan seseorang itu beriman bukan mudah. Selepas memeluk Islam, dia dibawa kembali ke kampung halamannya (dirahsiakan) untuk dimurtadkan dengan diselangi pelbagai ujian hebat ketika ditahan dalam bilik pengampunan dosa.
“Saya tak rasa apa-apa. Sekadar pasrah dengan apa yang mereka buat. Beberapa paderi yang hebat-hebat dibawa untuk kononnya memulihkan saya. Air suci dari Perancis turut digunakan tapi saya tetap dengan Islam.
“Allah Maha Berkuasa. Seorang tukang sapu dalam gereja itu sendiri yang membantu untuk melepaskan saya. Dengan bantuan polis saya diterbangkan ke Johor semula. Nyata, ia bukan penamat segala-galanya apabila saya terpaksa melarikan diri dengan menuruni tingkat enam bangunan melalui batang paip untuk selamatkan diri daripada buruan.
“Dalam proses melarikan diri, saya hampir dirogol dalam keadaan seluar yang koyak rabak, berdarah di sana sini. Namun, Allah SWT melindungi saya sehingga saya berjaya kembali ke Jabatan Agama Islam dan dikahwinkan untuk membolehkan hak penjagaan itu beralih kepada suami,” katanya lagi yang ketika itu baru berusia 18 tahun.
Mengenai tindakan keluarganya selepas mengetahui yang dia sudah memeluk Islam, Norhini tidak selesa untuk kisah itu disiarkan kerana ibu bapanya sudah meninggal dunia dan dia sendiri dalam proses untuk memulihkan hubungan dengan keluarganya yang lain.
Dengan wajah yang tenang selepas lama menangis, dia berkata, untuk memahami Islam, dia sanggup belajar mengaji dengan kanak-kanak berusia 10 tahun.
“Belajarlah untuk jujur. Sampaikan sesuatu itu biarlah dari hati dan jangan bertopengkan apa-apa. Sampaikan dengan kasih sayang kerana dengan itulah mereka mampu mengubah. Jangan bosan mengucapkan terima kasih dan menghargai orang lain,” nasihat terakhirnya menamatkan sesi temubual."
Cerita ini memberikan kesedaran kepada kita bahawa Hidayah Allah itu hak Allh swt
Ya Allah semoga engkau pelihara Iman kami..menggolongkan kami dalam golongan orang yang beriman dan sentiasa mendapat limpah rahmatMu ya Allah

































