Thursday, October 23, 2014

Isu sentuh anjing

Assalamualaikum

Sekali lagi Malaysia negara tercinta heboh dengan perkara kontraversi - 
'I want to touch a dog' - 

Ada yang beri reason - dengan adanya event sebegini akan dapat membuktikan bahawa rakyat Malaysia bersatu padu.. 
Cuma saya rasa agak pelik kenapa menggunakan cara yang boleh menyebabkan perpecahan yang besar di kalangan rakyat Malaysia...

Semua bangsa akan marah bila soal agama dan kepercayaan mereka dipertikai dan diperlekeh.   Adakah kerana bangsa kita terlalu baik, berdiam diri walau dicemuh dan dihina sehingga agama lain boleh melakukan sesuka hati...

Tapi, 
Sayang seribu sayang maruah kita tergadai atas kejahilan penganut agama kita sendiri...sedar lah wahai anak-anak muda jangan ambil ringan soal agama sehinggakan kita boleh diguna oleh anasir luar untuk kepentingan mereka...
Jadikanlah pertumpahan darah sesama sendiri di negara-negara Luar seperti Di timur tengah sebagai ikhtibar...
Rakyat tempatan diguna utk mencelarukan perpaduan..adakah kita Ingin kejadian sedemikian berlaku kepada negara kita? Tepuk dada tanya diri...

Cuba lihat gambar di bawah ini....


Apa perasaan anda melihat seekor anjing yang dipakaikan jubah dan serban? Ini adalah satu penghinaan kepada para ulama... Wahai pihak penganjur program 'I want to touch a dog'  adakah anda anda seorang Muslim? Kalu benar anda mengaku diri anda seorang Muslim di mana letak hati dan perasaan anda?

Lebih sedih bila ahli politik memberi sokongan - mengeluarkan statement yang boleh menggoncang emosi pembaca..kenapa tidak merujuk terlebih dahulu kepada ahlinya yakni para ulama/ ahli fiqh???


Perlukah kita cuba meraih sokongan pengundi sehingga sanggup menjual agama? Mengenepikan para ulama?
Maaf kata-kata ini agak kasar tapi Itulah hakikat dan analisa yang dapat saya katakan ....



Fikir-fikirkan apa yang diperkatakan oleh Ustaz Azhar Dan Ustaz Kazim.. 

Mudah-mudahan kejadian sebegini akhirnya membuka mata dan hati semua umat Islam di negara kita..

Teringat kata-kata seorang ustaz- lepas ni kempen Apa pulak? 

Boleh tak saya mencadangkan supaya kempen yang lebih positif di war-warkan- kempen peluk suami, isteri, ibu, bapa,  anak-anak? Kan itu lebih bermanfaat Dan tidak Akan menyentuh isu2 sensitif agama mana-mana pihak....
 Mungkin kata-kata Ustaz Azhar membuka mata dan Hati kita.....👇👇👇

No comments:

Post a Comment