Saturday, October 18, 2014

Sembang Hari Minggu

Assalamualaikum teman-teman sekalian

'Weekend' seronok duduk rumah.. Boleh sembang lama dengan keluarga tercinta.
Dapat duduk bersarapan sambil mendengar luahan hati anak-anak. Berkisar tentang teman-teman mereka ..Ada kisah lucu dan Ada kisah sedih yang berlaku di sekolah. Saat bersama di meja makan ini peluang untuk mereka 'share' all that moments. Sebagai ayah dan ibu tidak dinafikan, kami sangat seronok mendengar dan melihat wajah ceria anak-anak bercerita...

Saat ini juga saya dan suami akan mula mengimbau kembali masa lalu. Kisah kehidupan yang kami lalui yang banyak meninggalkan kenangan indah semasa bersama ayah dan ibu yang telah kembali bertemu sang pencipta ..AlFatihah. Terpancar cahaya kegembiraan bila suami bercerita saat mereka dibesarkan dalam suasana kampong. Telatah kawan-kawan disekeliling dalam suasana tahun 70an. Membuka Minda anak-anak kepada perbezaan yang ketara ; kehidupan yang lebih susah berbanding sekarang ....

Itulah 'weekend' buat kami. Hari untuk menyalurkan 'VALUES' kepada anak-anak. Mudah-mudahan anak-anak akan dapat menghayati dan menjadikan ikhtibar dalam mengharungi kehidupan mendatang..

'Weekend' anda bagaimana?

Cheers all

Barakallahufikum


Photo: Kenangan Alexendria Egypt











No comments:

Post a Comment