Sunday, October 15, 2017


Assalamualaikum

Alhamdulillah. 

Tanggal 15 Oktober 2017 (Ahad) telah berlangsungnya Kursus Intensif Umrah Edisi Negeri Sembilan Siri 1 di Pejabat Inqaz Travel & Tour . Kursus ini adalah percuma dan terbuka kepada semua . Walaupun baru diiklankan dalam seminggu lebih, Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dari penduduk sekitar Bandar Enstek dan Nilai.

Berdasarkan komen-komen peserta, mereka amat berterima kasih kerana Inqaz telah menganjurkan Kursus Umrah di kawasan Bandar Enstek ini, kerana mereka tidak perlu pergi jauh.



Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada Penceramah kali ini, Ustaz Mohd Fathi kerana telah memberikan penerangan yang menarik dan jelas. Banyak info-info penting yang ustaz sampaikan kepada semua peserta. Pendek kata memang rugi kalau tak join!

Selain itu, kami pihak Inqaz juga mengucapkan terima kasih kepada pihak  yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, atas kerjasama yang diberikan bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar.


Akhir sekali kami dari pihak Inqaz Travel mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta  yang dari Nilai, Sepang, Bandar Enstek & Seremban atas kesudian untuk meluangkan masa menghadiri Kursus Umrah pada hari ini. Anda semua hebat!!

Yang baik itu datangnya dari Allah,Yang kurang itu datangnya dari kami sendiri. Semoga kita berjumpa di masa akan datang.


  "INGAT UMRAH INGAT INQAZ"








No comments:

Post a Comment