Sunday, January 14, 2018

Kehebatan surah Al Kahfi

Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan surah al-Kahfi ni sampai boleh lindungi kita dari Dajjal? Takkan baca je dah boleh terhindar? ๐Ÿค”

Pernah terfikir camni?

Surah al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:

1) Pemuda gua (al-kahf)
2) Pemilik kebun dan rakannya
3) Nabi Musa & Khidir AS
4) Zulqarnain

Ramai tahu ini tapi tak dapat nak relate dengan dajjal.

Betul tak?

So here we go ๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Setiap satu kisah ini mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:

Pemuda gua - Fitnah aqidah/iman
Pemilik kebun - Fitnah harta
Nabi Musa & Khidir - Fitnah ilmu
Zulqarnain - Fitnah kekuasaan

Guess what? 4 fitnah ni juga yang Dajjal akan bawa di akhir zaman nanti! ๐Ÿ˜ฑ

Dah mula nampak perkaitan surah al kahfi dengan dajjal?

Di sinilah relevannya  baca surah al-Kahfi boleh menghindarkan diri dari fitnah Dajjal. Sebab surah ni bukan hanya brcerita, tapi bagi solusinya juga!

Bagaimana?

Fitnah aqidah - bersahabat dengan orang soleh. Para pemuda al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingat akhirat

Fitnah harta - mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat

Fitnah ilmu - kena tawadhu'/rendah diri. Walaupun Nabi Musa AS seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir

Fitnah kekuasaan - Kena tawadhu' dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain seringkali mengingatkan dirinya bahawa kekuasaannya ialah dari Allah

Tapi ada yang lagi mind blowing ๐Ÿ™Œ๐Ÿป๐Ÿ™Œ๐Ÿป๐Ÿ™Œ๐Ÿป

Di sebalik 4 kisah dan pengajaran ni, surah al-Kahfi mengandungi tema utama yang lebih dahsyat lagi.

Tema utama surah ini ialah DAKWAH! ๐Ÿ˜ฑ

Bukankah para pemuda al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?

Bukankah si sahabat pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?

Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa, seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?

Dan bukankah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya? ✨

Rupa-rupanya untuk selamat dari fitnah Dajjal, kita perlu berdakwah. And it makes complete sense!

Dengan berdakwahlah, kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.

Aslih nafsak, wad'u ghairak! ๐ŸŒน

Orait kita beralih ke fitnah dajjal.

Ada 4.

Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.

Bagaimana?

Fitnah Iman :
Nanti Dajjal keluar, dia akan mengaku dia Tuhan. Dia tunjuk syurga neraka, hidupkan org mati apa semua.

Fitnah Harta :
Dia akan keluarkan semua khazanah muka bumi, untuk tarik manusia jadi pengikut dia.

Fitnah Ilmu :
Dia akan tunjuk benda-benda yang manusia tak pernah tahu. Dia akan buat benda yang selama ni manusia ingat mustahil.

Fitnah Kuasa :
Dan dia akan jadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum Nabi Isa turun membunuhnya).

So dah nampak tak macam mana surah al-Kahfi boleh jaga dan lindungi kita dari fitnah Dajjal? It makes sense right?

Jadi lepas ni, bila baca al-Kahfi, janganlah baca macam tu je. Baca, cuba faham maksud dan paling penting, cuba untuk amalkan!

Sebab semua fitnah Dajjal tu in a way dah ada pon zaman sekarang ni. Cuma taklah dalam skala dahsyat macam fitnah Dajjal.

Kalaulah baca dan amalkan al-Kahfi boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (Dajjal), dah tentu ia boleh lindungi kita dari fitnah fitnah lain!

Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca surah al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca al-Quran setiap hari. Moga ada barakahnya!

Hanya Allah maha mengetahui setiap sesuatu
Kejadian

*SURAH AL KAHFI*

Orang yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (Mafhum hadith)

Orang yang membaca/mengamalkan surah al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah Dajjal. (Mafhum hadith)

Cp wa group- sgt bermanfaat๐Ÿ™๐Ÿ˜‡ 

Thursday, October 19, 2017


Setiap Waktu kehidupan sentiasa berubah rupa,
Kehidupan terkadang teduh, terkadang panas,

Setiap saat disini, hari ini, hiduplah dengan Sepenuh Hatimu kerana ....

kerana .....
Suasana seperti ini mungkin tak akan ada lagi esok hari .

ESOK HARI BELUM TENTU ADA.


#updatesambilmakankacang
#nakkacang?
#kacangkacangkacang

  INQAZ BELIEVE in GIVING BACK
  INGAT UMRAH INGAT INQAZ


KURSUS UMRAH EDISI NEGERI SEMBILAN SIRI 2



Atas permintaan ramai, InsyaAllah Pihak Inqaz akan menganjurkan lagi Kursus Umrah Edisi Negeri Sembilan Siri 2

Tak semestinya dah daftar umrah baru boleh pergi Kursus Umrah ni tau, kalau yg saje2 pergi sebab nak memahami hal2 berkaitan umrah pun boleh. Terbuka kepada semua tau.
Paling best , kursus ni PERCUMA!!

Penerangan dari Ustaz pun sangat menarik dan jelas. Walaupun bagi peserta kursus yang belum pernah mengerjakan umrah, mereka dah dapat bayangan.

"INGAT UMRAH INGAT INQAZ"



Monday, October 16, 2017

5 PERKARA YANG AKAN DILAKUKAN JIKA BOLEH KEMBALI SEMULA KE MASA LAMPAU


Satu kajian telah dilakukan oleh satu laman web yang bertanya satu persoalan kepada mereka yang berusia 50-an;

"Apakah yang sepatutnya mereka akan lakukan pada usia 30 tahun agar dapat menikmati hidup di usia tua?"

Kebanyakan mereka memberikan jawapan yang sama seperti di bawah ini. Jadi bagi anda yang berusia 30 tahun tak kira wanita atau lelaki ambil nasihat ini kerana ia memang ada benarnya.

1. Simpan Duit
Walau pun sikit. Memang kedengaran seperti nasihat biasa tapi pada usia ini karier selalunya sudah stabil, jadi jangan bazirkan wang gaji dengan perkara tak berfaedah. Anda dah matang.

2. Perbaiki Hubungan Keluarga
Walau pun ada sikap adik beradik yang anda tak suka tapi anda harus belajar menyayangi mereka. Ikatan keluarga paling penting. Di saat orang lain menentang anda, keluargalah yang selalunya memberi sokongan.

3. Jangan Tangguh Impian
Nak mendirikan rumah tangga, sambung belajar, tukar kerjaya sila buat sekarang. Usia dah 30 ok. Jangan berkata nantilah, nanti itu adalah sekarang. Begitu juga impian ke Makkah untuk menunaikan Haji & Umrah, lakukan ketika muda, waktu tubuh sihat dan bertenaga. Gunakanlah kesempatan kesihatan, kemampuan dan kelapangan masa yang Allah telah kurniakan kepada kita untuk menunaikan ibadah Haji & Umrah. Klik sini untuk capai impian anda.

4. Berhenti Makan Makanan Tidak Sihat
Anda boleh buat banyak duit pada usia 20, 30, 40 dan seterusnya. Tapi anda tak boleh beli kesihatan. Belajar kurangkan makanan segera dan jajan pada usia ini untuk manfaat kesihatan pada usia tua.

5. Bersukan
Mulakan gaya hidup sihat. Jadikan bersukan sebagai salah satu hobi seperti berbasikal, zumba atau sekadar joging. Islam melihat proses pembinaan fizikal yang baik pada seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian. Allah mahu hamba-hambaNya mempunyai tubuh badan yang sihat agar ia dapat melakukan tugasnya sebagai khalifah di muka bumi.
Sebab itu dalam setiap ibadah kita dari solat, umrah & haji semua memerlukan pergerakan.Kalau kita tak sihat, bagaimana untuk kita melakukan ibadah dengan sempurna?



Subhanallah... Cer teka ni kat mana?


            INQAZ BELIEVE in GIVING BACK
               INGAT UMRAH INGAT INQAZ










Sunday, October 15, 2017


Assalamualaikum

Alhamdulillah. 

Tanggal 15 Oktober 2017 (Ahad) telah berlangsungnya Kursus Intensif Umrah Edisi Negeri Sembilan Siri 1 di Pejabat Inqaz Travel & Tour . Kursus ini adalah percuma dan terbuka kepada semua . Walaupun baru diiklankan dalam seminggu lebih, Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dari penduduk sekitar Bandar Enstek dan Nilai.

Berdasarkan komen-komen peserta, mereka amat berterima kasih kerana Inqaz telah menganjurkan Kursus Umrah di kawasan Bandar Enstek ini, kerana mereka tidak perlu pergi jauh.



Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada Penceramah kali ini, Ustaz Mohd Fathi kerana telah memberikan penerangan yang menarik dan jelas. Banyak info-info penting yang ustaz sampaikan kepada semua peserta. Pendek kata memang rugi kalau tak join!

Selain itu, kami pihak Inqaz juga mengucapkan terima kasih kepada pihak  yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, atas kerjasama yang diberikan bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar.


Akhir sekali kami dari pihak Inqaz Travel mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta  yang dari Nilai, Sepang, Bandar Enstek & Seremban atas kesudian untuk meluangkan masa menghadiri Kursus Umrah pada hari ini. Anda semua hebat!!

Yang baik itu datangnya dari Allah,Yang kurang itu datangnya dari kami sendiri. Semoga kita berjumpa di masa akan datang.


  "INGAT UMRAH INGAT INQAZ"








Thursday, October 12, 2017

Assalamualaikum :)

Harini saya nak share sikit amalan yang saya buat setiap hari .


  1. Syahadah
  2. Istighfar
  3. Zikir Lahaulawala kuwaata illa billahil aliyyil azim
  4. Ayat kursi
  5. Lailaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin
  6. Membaca Al-quran 2 m/s setiap hari.
Jangan lupa baca Al-quran setiap hari supaya lidah kita tidak keras.

Saya tahu sekarang semua busy bekerja ^-^ tapi dengan amalan yang sedikit di atas InsyaAllah membantu menambah pahala saudara saudari sekalian :)

i love you <3


                    INQAZ Believe In Giving BACK



INGAT UMRAH INGAT INQAZ


INQAZ BELIEVE in GIVING BACK


Alhamdulillah pihak kami di Inqaz Travel & Tour Sdn Bhd akan membuka peluang kepada semua untuk menimba ilmu berkaitan dengan umrah.  Semua pun boleh je join inshaaAllah...

Timba ilmu dengan izin Allah bila mendapat jemputan Allah pasti akan sampai ke tempat yang penuh dengan sejarah/seerah perjuangan rasulullah saw yang nikmatnya dapat kita kecapi hari ini.


INGAT UMRAH INGAT INQAZ