Hari ini hati begitu sayu merindui suasana menziarahi Madrasah Inqaz. Namun, bila mendapat tahu ada sahabat- sahabat yang meluangkan masa utk bersama anak-anak Inqaz semalam (Jumaat - 6/7/12) mengubat kerinduan.
Linda dan suami serta anak-anak meluangkan masa menziarahi Madrasah Inqaz. Alhamdulillah
Terjemahan surah At Taubah tentang zakat dan sedekah - semoga menjadi ikhtibar
[103]
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[104]
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
[105]
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan”.
No comments:
Post a Comment