Thursday, July 5, 2012

Sifat Syukur

Surah Al-A'raf ayat 10-17
[10]
Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi, dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
[11]
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka sujud melainkan Iblis, ia tidaklah termasuk dalam golongan yang sujud.
[12]
Allah berfirman: “Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?” Iblis menjawab: “Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.”
[13]
Allah berfirman: “Turunlah engkau dari Syurga ini, kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya; oleh sebab itu keluarlah, sesungguhnya engkau dari golongan yang hina”.
[14]
Iblis berkata: Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.
[15]
Allah berfirman: “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”.
[16]
Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus;
[17]
“Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.
************************************************
Ayat di atas sangat jelas membicarakan tentang kejadian kita dan keengganan Iblis untuk tunduk sujud kepada manusia.
Iblis berjanji kepada Allah bahawa penangguhan masa yang diberikan kepada mereka akan digunakan untuk menyesatkan kita.

Ternyata jelas perjanjian Iblis itu memastikan bahawa manusia ini akan selalu memiliki sifat KURANG BERSYUKUR...

Cuba introspeksi diri:
1. Kadang makanan depan mata- masih mengeluh tidak sedap
* cuba belajar utk bersyukur masih ada makanan yang terhidang. Bagaimana kalau langsung tiada sedikit pun makanan untuk di jamah?

2. Bila kerap hujan- masih mengeluh kenapa selalu hujan????

Dan macam-macam lagilah suara-suara sumbang yang selalu kita dengar di sekeliling kita..

Justeru untuk melawan kehendak iblis untuk menjadi manusia yang selalu bersyukur- jom kita belajar untuk lebih menghargai apa pun yang datang kepada kita- pasti kita akan merasakan nikmat kehidupan yang lebih tenang!!

Belajar utk selalu menzahirkan ucapan Alhamdulillah


Wallahualam

No comments:

Post a Comment