Monday, March 17, 2014

Dalam kepayahan terasa 'Engkau' Dekat

Assalamualaikum

Di mana saya nak bermula..
Sedang menunggu seseorang di hadapan sebuah surau.

Terlihat sebuah motorsikal yang sarat dengan barang jualannya.. Teman-teman mungkin pernah terserempak dengan motorsikal sebegini.. 

Melihat saat ini sudah masuk waktu zohor. Betapa hamba Allah ini dalam
Kepayahan mencari rezeki tidak lupa singgah di rumah Allah untuk menyatakan rasa syukur atas  nikmat yang diberikan kepadaNya.. 

Teringat luahan oleh mereka yang duduk dalam bilik berhawa dingin tidak perlu berpanas untuk mencari rezeki tapi sukar utk melaksanakan tanggung jawab sebagai hamba Allah.. 
Ada yang langsung tidak solat dan ada yang langsung tak kesah untuk solat berjemaah...walaupun surau di sediakan oleh pihak majikan dalam bangunan yang sama di mana mereka mencari rezeki Allah.


( maaf saya tidak membuat satu kesimpulan di sini bahawa  semua yang bekerja dalam bilik berhawa dingin berakhlak sebegitu-- hanya segelintir ) 


"tak sempat nak solat berjemaah sebab meeting banyak sangat"

"malas nak pakai make up semula" 
( ini pernah dengar luahan seorang wanita)

Ada yang kata - "boleh Jamak bila balik rumah"

Dan macam-macam alasan..

Aduh.. Dunia telah dilalaikan dengan racun dunia yang tidak memberi kebahagiaan sedikit pun bila pertemuan dengan MU ya Allah...


Kami mohon KepadaMu Ya Allah untuk diberi kefahaman agama..

Semoga limpahan rahmatMu  sentiasa bersama kami, keluarga dan sesiapa saja yang bersama kami.. Dan seluruh Umat Islam di mana saja berada


Wallahua'lam



Doa buat MH370 - Ya Allah selamatkan mereka dan dapat kembali ke pangkuan keluarga tercinta

No comments:

Post a Comment