Friday, March 14, 2014

Tabir Rahmat disebalik ujianMu

MALAYSIA
Negara tercinta
Ditimpa pelbagai ujian 
Kemarau
   Sana Sini Air di CATU
Jerebu
    Mengundang 
       Pelbagai penyakit
MH 370 
      Hilang tanpa berita

Usah menunding jari
Salah siapa?
Usah ditanya kenapa?
Dan 
Mengapa semua ini terjadi?

Kita sebagai rakyat 
Mari Satukan Hati
Berdoa dan Terus Berdoa
Ke hadirat Ilahi

Moga kita Tabah Dan Sabar
Dengan ujian ini


Sebagai Hamba Allah
Siapa lah kita untuk bertanya
Mempertikai
Kenapa dan Mengapa harus berlaku
Ke atas negara kita yang tercinta

Ingatlah 
Ketika Allah mengingatkan kita tentang
Amal ma'ruf Nahi Mungkar
Tanggungjawab  siapa?
Bila kemarahan Dan kemurkaanNya
Siapa yang Akan terpalit?
KITA
Dan bukan saja 
KAMU

Tepuk dada Tanya Diri



Barakallufikum










No comments:

Post a Comment