Titian ku...
Titian bermula, dari malaysia ke beijing..
Di balik malam yang kelam ku terbang tenang..
Enjin berputar seakan tahu ketentuan takdir Nya..
Dia HILANG tanpa jejak.
Jarum Radar terus berputar mencari dia
Lenyap dan hilang di balik awan
Tidak diduga tidak disangka berita nya smpai Seantero dunia..
Sukar dicari sukar diramal
Kerana kekuasaan Allah melebihi segalanya
Bomoh 'doremi' cuba mengelirukan mereka yang alpa hanyut dibuai sang pendusta.
Renungkan renungkan wahai teman
Renung renungkan wahai para pendeta
Renung renungkan wahai warga dunia
Renung renungkan wahai para solihin.
Spekulasi AKU KAMU DAN DIA bermain di gawang minda
Sedarlah
ini bukan permainan saudara ku.. inilah realitinya.
Doa dan ikhtiar telah dilakukan
Hanya mampu mengharap rahmat kasih daripadaNYA.
Pulanglah.. kembalilah..
MH370
Kami sentiasa mendoakanmu.
Ya Allah, sesungguhnya engkau maha mengetahui lagi maha mengasihani.
Kabulkanlah doa kami ya Allah.
Sesungguhnya,
Jika ia berada di langit, turunkan lah.
Jika ia berada di darat, tunjukkanlah,
Jika ia berada di laut, timbulkanlah dan
Jika ia berada di alam lain singkapilah.
Ameen ya rabbal alamin.
Love - Kikin
Farha Anatrizkin @Kikin
No comments:
Post a Comment