Thursday, May 24, 2012

Nukilan buatmu




Asas terpenting dalam hubungan suami isteri adalah menjadikan suami atau isteri sebagai teman yang paling rapat dalam hidup anda. Teman adalah sahabat yang akan menemani anda ketika anda menghadapi masalah dalam hidup.Mereka sentiasa bersama anda ketika mereka memerlukan seseorang itu menjadi pendengar atau tempat untuk mereka meluahkan segala yang terbuku dalam jiwa raga tetapi tidak boleh diluahkan kepada orang lain. Dia adalah teman yang boleh dipercayai dan menjadi tonggak dalam kehidupan.

Kebiasaannya kita akan berkawan dengan orang yang mempunyai banyak persamaan dengan kita. Betul tak? Justeru, beruntunglah bagi sepasang suami isteri yang boleh menjadikan pasangannya sebagai teman yang paling akrab dalam kehidupannya. Pasti hubungan ini akan menjadi lebih intim dan lebih kukuh.

Alhamdulillah saya dianugerahkan seorang teman hidup bergelar ‘suami’ menjadi tulang belakang saya sejak 25 tahun yang lalu. Seorang suami dan juga sahabat yang sangat memahami.  Menjadi pendengar yang setia ketika saya dilamun gelombang taufan puting beliung dan pelbagai jenis angin yang dapat mencerminkan suasana emosi saat itu. Hanya dia saja yang dapat memahami diri ini. Hanya dia yang dapat mematikan api kemarahan dan meneutralkan emosi yang ketika itu tidak stabil sama sekali. Peringatan berbau agama selalu bermain di bibirnya mengingatkan diri ini yang begitu kerdil di sisi Allah swt. 

Bagi saya suami inilah yang menjadi teman.. Bila melihat wajahnya cintaku kepada Allah semakin utuh. Kerana dia telah membimbingku untuk mengenali sang Pencipta..mengangungkan kebesaranNya…

Alhamdulillah Allah mempertemukan dia yang banyak mengajarku erti kehidupan. Untuk mendapat keredhaan Allah swt carilahh terlebih dahulu redha sang suami..

No comments:

Post a Comment