Thursday, May 24, 2012

Inqaz


Berbalik kepada cerita saya tentang lawatan ke Madrasah Inqaz.  Belum pernah lagi anda melihat anak-anak perempuan yang menjadi pelajar di situ.  Kebiasaannya lawatan yang saya buat adalah pada hari Jumaat. Hari tersebut adalah hari cuti bagi pelajar-pelajar di Inqaz. Selain itu, pelajar-pelajar lelaki sahaja yang diambil sebagai pelajar asrama di sekolah ini. Terdapat 60 orang pelajar yang menetap di asrama. Selebihnya adalah pelajar harian. Pada hari Jumaat ketika saya datang yang ada hanya pelajar-pelajar yang menetap di asrama  yakni hanya pelajar lelaki sahaja. Pelajar-pelajar perempuan kita dapat lihat semasa sesi pembelajaran Sabtu- Khamis pagi - tengahari - malam. Dan pelajar-pelajar perempuan ini  kebanyakannya datang daripada sekitar kampung di mana terletaknya madrasah Inqaz.

Pada 5hb April yang lalu bersamaan hari Khamis (Malam Jumaat) teringin untuk membawa sedikit makanan buat mereka di sini. Alhamdulillah dengan izin Allah swt, tercapai niat saya dan beberapa orang teman untuk datang pada malam yang penuh barakah ini. Terima kasih kepada semua yang menemani… 

Shu, Min, InaW, Ana, Nidah, Zura, Suriya dan Yati..

Mudir memberitahu terdapat seramai 200 orang pelajar yang ada pada malam tersebut. Alhamdulillah, gembira dapat bersama anak-anak tahfiz ….:)



Pelajar Perempuan



Anak-anak lelaki sedang diperhati oleh Mudir Madrasah Inqaz.. :)
Menantikan kari kambing untuk menjadi juadah yang dibawa untuk mereka malam ini..
Kebahagiaan melihat mereka menjamah makanan menggembirakan hati dan perasaan sesiapa saja yang berpeluang untuk melihat suasana itu…




No comments:

Post a Comment