Thursday, May 24, 2012

Inqaz - sumbangan






Hari Jumaat adalah hari yang penuh barakah sebagaimana hadis rasulullah SAW yang bermaksud “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.” (Hadis riwayat Tirmidzi).

Justeru saya selalu memberikan sedekah makanan kpd anak-anak tahfiz ini pada hari Jumaat.. Diperingkat awal kita selalunya membawakan mereka roti seperti burger utk sarapan pagi mereka. Sebotol minuman manis kerana jarang sekali mereka berpeluang minum minuman yang manis kerana mereka tidak mampu. Setakat air putih membasahi tekak mereka setiap hari. Kedatangan kami sentiasa di iringi dengan senyuman gembira….yang pasti masih ada yang merasa simpati kpd mereka. Kpd sahabat-sahabat yang menghulur derma diucapkan terima kasih.

No comments:

Post a Comment