Salah satu bahan penting dalam penyediaan makanan pelajar-pelajar di sini. Menjadi kebiasaan menjemur bawang ini untuk seketika sebelum disimpan dalam stor makanan mereka
Bila badan rasa sihat, akan berusaha menyediakan makanan yang lebih istimewa buat anak - anak ini. Hari Jumaat hari cuti bagi pelajar-pelajar di sini. Bagi mereka yang menjadi pelajar asrama sudah pasti gembira dgn kedatangan kami. Hari Penuh barakah ini dapatlah kami bersama-sama dgn pelajar di sini. Menikmati juadah seperti kari kharouf dan roti. Juadah yang berbeza drp hari-hari biasa. Kelainan ini satu nikmat yang amat mereka syukuri. Semuanya dengan izin Allah… Alhamdulillah
Kari ini akan diagihkan dalam bekas kecil. Tidak wujud sikap pilih kasih dsb. Sama rata diagihkan kpd kumpulan pelajar. Makan secara berjemaah menjadi amalan pelajar-pelajar di sini. Saya yakin praktis makan secara berkjemaah adalah utk menjsuhkan sifat mementingkan diri sendiri dan bersifat bakhil dgn apa yg mereka ada!
Pelajar terpilih sahaja akan bertugas mengagihkan makanan manakala yang lain akan duduk menanti dengan penuh kesabaran …
Beginilah suasana anak-anak ini makan.. bersama-sama. Malahan pernah saya diajak makan bersama. Sikap menghormati tetamu diamalkan oleh anak-anak ini. Anak-anak yang dilahirkan dalam keadaan serba daif mempunyai ciri dan sifat kesabaran yang tinggi. Selain itu sangat menghormati orang yang lebih tua serta tetamu yang datang.
Sangat teruja melihat mereka makan .. dan sikap mereka sentiasa memastikan makanan yang disediakan habis. Memberikan rasa seronok kepada sesiapa yang memasak makanan untuk dijadikan juadah di sini satu rasa kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Sikap anak-anak tahfiz yang sentiasa menyenangkan hati sesiapa pun yang datang melawat mereka. Alhamdulillah kerana Allah swt memberikan peluang ini..
No comments:
Post a Comment